Headlines News :
Home » » PAU 2012 akan tumpu pengundi atas pagar PRU 13 - Zahid

PAU 2012 akan tumpu pengundi atas pagar PRU 13 - Zahid



— Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melihat pilihan raya umum (PRU) ke-13 akan datang adalah satu pilihan raya "luar biasa" dan memerlukan kaedah luar biasa daripada Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk memperbaiki rekod kekalahan mereka sewaktu Pilihan Raya 2008.

 Menteri Pertahanan itu menjelaskan, persiapan parti dominan Melayu, Umno untuk Perhimpunan Agung Umno mereka minggu hadapan akan menjurus kepada pengundi atas pagar bagi membolehkan Umno menawan kembali kerusi yang tewas kepada Pakatan Rakyat (PR)

. "Usul tetap, sama usul ucapan dasar, pendidikan, dan ekonomi ... tetapi ia menjurus ke arah PRU 13 kerana ia soal bagaimana pengundi atas pagar 40 peratus penentu kalah menang dan merampas kerusi yang kita tewas. "Ini kerana PRU 13 adalah PRU luar biasa ... dan perlu ditangani secara luar biasa," katanya di Parlimen selepas lawatan wakil daripada United Kingdom.

 Beliau (gambar) turut menjelaskan, segala masalah luaran dan dalaman tidak di bawa ke dalam perhimpunan terbesar tahunan Umno itu. "Umno harus memberikan sebagai tulang belakang kepada jentera BN.

 "PRU kali ini luar biasa, pendekatan tidak harus dilakukan dengan tindakan selesa kerana ianya hendaklah dilakukan dengan usaha-usaha mendekati rakyat dengan penuh kesungguhan.

 Beliau turut menasihati perwakilan yang akan berkampung di Pusat Dagangan Dunia Putera (PWTC) bermula 27 November hingga 1 Disember depan untuk tidak menyentuh perkara-perkara sensitif di dalam dan luar parti. "(Perwakilan) tidak harus sentuh perkara-perkara sensitif di dalam dan di luar parti. "Ia bukan masa yang sesuai untuk lontar pandangan berbeza," katanya lagi.
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger