Headlines News :
Home » » JMPP masih tunggu jawapan kerajaan DAP

JMPP masih tunggu jawapan kerajaan DAP




PULAU PINANG 23 Nov. - Jaringan Muslimin Pulau Pinang (JMPP) masih menunggu reaksi kerajaan DAP Pulau Pinang berhubung sembilan tuntutan umat Islam di negeri ini yang terkandung dalam memorandum yang dihantar Isnin lalu.

Pengerusinya, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin berkata, setakat ini, JMPP masih belum menerima sebarang maklum balas daripada kerajaan negeri berhubung memorandum itu.

Tegas beliau, sekiranya kerajaan negeri tetap berkeras dan tidak mahu mempertimbangkan tuntutan berkenaan, JMPP akan terus mengambil tindakan susulan bagi mendesak supaya luahan dan suara umat Islam di negeri ini didengar.


"Kita masih menunggu jawapan kerajaan negeri. Memorandum itu baru tiga hari dihantar dan JMPP memberi ruang kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng untuk meneliti sembilan tuntutan itu.


Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger