KUALA LUMPUR: Jangan pertaruhkan masa depan negara dengan janji-janji kosong yang ditaburkan Pakatan Rakyat (PR), kata Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
Beliau berkata PR tidak mencapai piawaian yang ditetapkan kerana mereka tidak mampu mempunyai simbol atau manifesto yang sama, namun masih bercita-cita besar untuk mengambil alih pemerintahan kerajaan Persekutuan.
"Sekejap bulan, sekejap roket, atau simbol mata. Macam mana kita mahu beri keyakinan kepada rakyat.
"Parti yang bertanding dalam pilihan raya atas simbol berlainan tanpa satu manifesto tidak ada dasar yang sama untuk mentadbir negara kita.
Bolehkah kita ambil risiko dan gadai masa depan kita?," katanya ketika merasmikan perhimpunan Agung MCA ke-59 di Wisma MCA pada Ahad.
Najib berkata ada orang berkata tidak apa untuk memberi peluang kepada PR memerintah selama satu penggal dan mereka boleh menukar kembali kerajaan sedia ada pada pilihan raya seterusnya jika mereka tidak berpuas hati.
"Jangan kata lima tahun, dalam tempoh setahun pun negara ini boleh hancur dan merudum," katanya.
Justeru, beliau mencabar DAP meletakkan calon mereka di kerusi yang majoritinya orang Melayu pada pilihan raya umum akan datang.
"Adakah DAP sebuah parti pelbagai kaum? Saya cabar mereka letakkan calon di kerusi yang majoritinya orang Melayu. Orang Melayu sudah bosan dengan DAP," katanya.
+ comments + 1 comments
Sepatut Najib tu pergi bertanding kat kerusi Majoriti Cina. Dia kan sayang Cina. Mcm2 Cina mintak dia bagi. Inilah masanya nak tgk populariti dia.
Post a Comment