Headlines News :
Home » » Kerajaan BN bina jeti baru untuk nelayan Nibong Tebal

Kerajaan BN bina jeti baru untuk nelayan Nibong Tebal





NIBONG TEBAL 29 Okt. - Nelayan di Sungai Udang di sini, bakal menikmati kemudahan apabila sebuah jeti baharu yang sedang dalam pembinaan dijangka siap pada Mac tahun depan.

 Projek pembinaan jeti itu membabitkan peruntukan sebanyak RM2.2 juta membabitkan usaha membaik pulih infrastruktur di jeti nelayan tersebut. Penasihat Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak RM1.5 juta diperuntukkan untuk membina sebuah jeti baharu di kawasan Sungai Udang.

 "Pembinaan jeti itu sudah 90 peratus siap dan dijangka mula beroperasi pada Mac tahun depan. "Enam jeti kecil iaitu jeti Sungai Chenaam, Datuk Keramat, Haji Ibrahim, Changkat, Nibong Tebal dan Taman Ilmu turut diberikan peruntukan berjumlah RM710,000 untuk tujuan baik pulih," katanya ketika ditemui dalam majlis Penyerahan Elaun Sara Hidup Nelayan di sini hari ini.

Dalam  majlis itu, sebanyak 732 nelayan di kawasan Seberang Perai Selatan (SPS) menerima elaun sara hidup sebanyak RM200 seorang. Zainal Abidin berkata, sebanyak 4,500 nelayan di seluruh Pulau Pinang menerima elaun sara hidup yang diberikan kerajaan bagi membantu mereka meningkatkan pendapatan. 

"Kerajaan begitu prihatin dengan nasib nelayan kerana mereka juga memberikan sumbangan besar kepada masyarakat.

 "Sehubungan itu, pelbagai insentif dan penambahbaikan kemudahan infrastruktur dilakukan kerajaan bagi meningkatkan taraf ekonomi mereka," ujarnya.
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger