Headlines News :
Home » » Guan Eng sahaja dibenarkan bertanding 2 kerusi - Karpal

Guan Eng sahaja dibenarkan bertanding 2 kerusi - Karpal




Pengerusi DAP Karpal Singh menyeru wakil rakyat daripada parti itu yang menyandang dua kerusi supaya memilih hanya satu kerusi untuk mereka tandingi pada pilihan raya umum akan datang.

 Beliau berkata dalam mesyuaratnya, jawatankausa kerja pusat (CEC) parti itu bersetuju bahawa hanya dalam kes "terkecuali", seseorang anggota parti itu dibenar menyandang dua kerusi (kerusi negeri dan parlimen).

 Bernama melaporkan Karpal Singh berkata beliau berpendapat Ketua Menteri Pulau Pinang, yang juga setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng boleh dianggap sebagai antara kes terkecuali itu.

 "Keadaan terkecuali ini perlu diambil kira dalam erti kata sebenarnya.

Oleh itu, adalah penting bagi mereka yang menyandang dua kerusi mengisytiharkan secara terbuka bahawa mereka akan memilih satu kerusi sahaja.

 "Mereka patut berbuat demikian demi kepentingan pakatan pembangkang. Berbeza dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, beliau mampu tangani secara langsung isu yang melibatkan kerajaan persekutuan dan negeri," katanya kepada pemberita di Georgetown, Jumaat.-26/10/2012
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger