Headlines News :
Home » » MCA & BN akan pejuangkan isu perumahan rakyat P.Pinang di PRU 13

MCA & BN akan pejuangkan isu perumahan rakyat P.Pinang di PRU 13




Pengerusi Perhubungan MCA Negeri, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen menyatakan MCA P.Pinang kini berada didalam semangat yang tinggi dan juga bersemangat untuk menghadapi Pilihanraya Umum ke 13.

MCA P.Pinang juga sudah sedia untuk berganding dengan parti komponen BN negeri bagi menghadapi Pakatan Rakyat khususnya DAP.

Menurut Menteri Perlancongan tersebut, MCA kini juga bersedia untuk membuktikan mereka mampu meraih kembali sokongan masyarakat cina untuk BN di P.Pinang.

"Kami tidak akan sesekali mengambil pendirian untuk mengalah kerana yakin jika kami bekerja keras dalam membantu rakyat, kami akan memdapat sokongan mereka," kata beliau kepada media ketika mempengerusikan mesyuarat perhubungan MCA negeri di Bahagian Bukit Gelugor kelmarin.

Bagaimanapun, Ng memberitahu bahawa MCA tidak meletakkan sebarang sasaran dan masih belum berbincang mengenai pertukaran kerusi dikalangan parti komponen BN di negeri tersebut.

Ketika ditanya mengenai isu utama yang bakal dijadikan modal kempen oleh MCA di P.Pinang, Ng menyatakan bahawa isu rumah mampu milik akan memberi kelebihan buat BN.

"Kami mendapat pengajaran selepas pilihan raya umum 2008, dan jika BN menang pada pilihan raya akan datang, kami akan memperjuangkan isu perumahan sebagai agenda utama bagi membantu penduduk Pulau Pinang memiliki rumah sendiri," katanya.

Kata beliau, MCA mendapat banyak aduan dari penduduk negeri mengenai hal tersebut dan ini menunjukkan rakyat P.Pinang sedar tentang hakikat Pakatan gagal menyediakan rumah mampu milik kepada mereka.

"Penduduk Pulau Pinang kecewa dengan kerajaan negeri sedia ada, yang gagal membina rumah kos rendah, manakala masalah kesesakan di negeri ini bertambah teruk," katanya. - UtaraNews
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger