Headlines News :
Home » , , » Mengapa lebih 3 tahun baru kerajaan DAP isytiharkan harta ?

Mengapa lebih 3 tahun baru kerajaan DAP isytiharkan harta ?




PULAU PINANG, 20 Jan – Pemuda UMNO Pulau Pinang  secara sinis menyokong kenyataan Sdr Amir Ghazali ,Ketua AMK P.Pinang di dalam Sinar Harian baru-baru ini   yang menggesa anak muda dalam PR dan BN mengamalkan budaya politik baru bersandarkan intergiriti dan amanah dalam membincangkan isu pengisytiharan harta oleh pemimpin .

Ketuanya, Ir Shaik Hussein Mydin berkata, kita berharap AMK P.Pinang menjelaskan mengapa 3 tahun diambil untuk melakukan pengisytiharan harta .

“Saya harap AMK P.Pinang boleh jelas kepada rakyat mengapa masa selama lebih 3 tahun diambil oleh pemimpin kerajaan PR untuk mengistiharkan harta mereka "

" Satu persoalan yang perlu difikirkan dengngan ikhlas oleh AMK P.Pinang dan Pemuda UMNO , untuk makluman  manusia terkaya di dunia pun dapat mengistiharkan bahawa dia tidak mempunyai harta dalam masa 3 tahun "

" Mungkin Sdr Amir boleh mendesak pemimpin PR menjawab persoalan ini dengan meletakkan intergriti dan amanah di hadapan " katanya menerusi sms kepada My Penang Online .
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger