Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir menuntut dua akhbar berbahasa Cina menarik balik artikel mereka yang didakwa suatu pembohongan serta palsu.
Selain itu, beliau juga meminta permohonan maaf dibuat dan disiarkan di muka hadapan kedua-dua akhbar itu kerana menyiarkan laporan yang tidak tepat berkenaan ucapannya semasa Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini.
Menurut Musa, laporan yang dikeluarkan oleh akhbar terbabit tidak benar sama sekali dan bercanggah dengan isi ucapannya selaku wakil UMNO Pulau Pinang.
"Kenyataan penarikan balik artikel itu dan permohonan maaf mereka harus dicetak dan disiarkan di muka hadapan kedua-dua akhbar berkenaan.
"Saya juga memberi mereka tujuh hari untuk berbuat demikian dan tidak teragak-agak mengambil tindakan selanjutnya termasuk tindakan undang-undang," katanya pada sidang akhbar di Wisma UMNO, di sini hari ini.
Turut hadir, Setiausaha Perhubungan UMNO negeri, Datuk Azhar Ibrahim dan Ketua Wanita UMNO negeri, Zabariah Wahab.
Kenyataan kedua-dua akhbar tersebut menyebut Musa mencadangkan supaya Barisan Nasional (BN) hanya menghantar UMNO untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 dan tidak bergantung kepada parti komponen yang kalah pada pilihan raya lalu untuk menakluk Pulau Pinang.
Musa menafikan berucap sedemikian sebaliknya menjelaskan bahawa beliau hanya menyentuh mengenai isu-isu semasa yang dihadapi oleh UMNO di Pulau Pinang. - Utusan
Apakah Kewujudan Jho Low Sudah Di Anggap Hearsay?
-
Apakah Kewujudan Jho Low Sudah Di Anggap Hearsay? Menteri Dalam Negeri,
Saifuddin Nasution pernah berkata, kerajaan yang ada sekarang tidak lagi
fokus ...
14 hours ago
Post a Comment