Dato' Zainal Abidin Bin Osman, Ketua UMNO Bahagian Nibong Tebal,telah membuktikan bahawa UMNO tetap membela nasib semua kaum. Perkara sebegini sememangnya dari dulu lagi telah dilaksanakan. Nasib semua kaum dan golongan samada muda atau dewasa semuanya terjaga dibawah UMNO/BN.
Petang tadi, Dato' Non telah meluangkan masa untuk menyampaikan bantuan persekolahan kepada murid-murid cina kurang mampu di SRJK (C) di DUN Sungai Acheh bertempat di Balai Bomba Sunagi Udang, DUN Sungai Acheh.
A.S harap warga Nibong Tebal sedarlah bahawa UMNO/BN sentiasa membela nasib semua kaum tanpa memilih bulu.Berilah peluang kepada Tok Non anak jati Nibong Tebal untuk menabur bakti kepada orang kampungnya dalam PRU13 ini. Kalau harapkan Ahli Parlimen yang dipilih di Nibong Tebal sekarang, terus menghilang tanpa berita. Inikah yang kita mahukan?
sumber : Anak Seberang
Post a Comment