KUALA LUMPUR - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, perwakilan harus sedar bahawa kelangsungan hidup parti berada di dalam tangan mereka.
Oleh yang demikian, katanya, mereka wajar memberikan sokongan padu kepada kepimpinan Presiden Parti, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam menentukan arah tuju perjuangan parti, khususnya dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13 akan datang.
UMNO perlu terus mantap khususnya dalam landskap politik baru sekarang ini bagi memastikan parti dan Barisan Nasional (BN) kekal relevan, katanya dalam sidang media khas menjelang Perhimpunan Agung UMNO 2011 minggu depan, di sini semalam.
"UMNO mesti menonjol sebagai sebuah parti yang mampu memenangi hati rakyat yang disenangi. UMNO mesti memberikan harapan baru kepada rakyat khususnya masyarakat Melayu,” katanya.
Beliau turut berharap para perwakilan selepas perhimpunan itu nanti, keluar dengan satu semangat juang yang tinggi dan memastikan parti terus mendapat mandat daripada rakyat. — Bernama
+ comments + 1 comments
ayat yg kuar dari mulut mangkok ni buat aku bengkak la...
boring...
pejuang hamas...
Post a Comment