KUALA LUMPUR, 5 Okt. – Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng terbukti mengamalkan taktik desperado dalam usaha untuk menyelamatkan diri daripada terus menjadi bahan dalam perbincangan khususnya yang menjatuhkan kredibilitinya sebagai seorang pemimpin.
Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK), Datuk Seri Abdul Aziz Rahman melihat tulisan entri terbaru Guan Eng bertajuk Datuk Seri Rais Yatim Should Not Lie Like Utusan Malaysia But Prove Which Penang State Official Function He Attended Sidelined Bahasa Malaysia sengaja diwujudkan bagi mengalih tumpuan masyarakat terhadap isu-isu ke atas dirinya sebelum ini.
“Guan Eng sebelum ini telah bermatian membuat penafian memburukkan negara apabila berada di negara luar dan apabila terbukti dia memohon maaf kepada Sultan Johor bagi melenyapkan semua kisah-kisah terbabit namun tidak semudah itu lantas setelah terdesak, dia cuba mencari satu platform baru bagi membersihkan semula namanya sebagai seorang pemimpin parti dan Ketua Menteri Pulau Pinang,” katanya.
Dilaporkan, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim menempelak Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kerana menuduhnya berbohong dan membuat tuduhan palsu berhubung isu bahasa Malaysia diketepikan dalam satu majlis rasmi di negeri itu baru-baru ini.
“Guan Eng bertindak demikian sebagai perancangan bagaimana mahu menengakkan semula kepimpinannya sebagai Ketua Menteri di Pulau Pinang setelah dia dilihat gagal dalam isu-isu sebelum ini.”
Jelasnya, hal-hal fundemental yang membabitkan pakatan pembangkang juga tidak dapat diselesaikan dengan baik hinggakan ikatan dalam pembangkang itu sendiri dilihat semakin rapuh.
“Masyarakat menilai bagaimana kepimpinan pembangkang termasuklah Guan Eng dalam hal-hal fundemental misalnya isu hudud yang gagal mencapai penyelesaian baik dan mempalitkan kesan negatif kepada mereka.
“Inilah taktik Guan Eng yang gagal menyelesaikan masalah sedia ada sebaliknya mengambil taktik desperado dengan cuba mengalihkan perhatian melalui serangan kepada pihak lain atas harapan ia mampu menjadi satu polemik baru yang akan menutup kelemahan-kelemahan serta aibnya sebelum ini sebagai pemimpin,” tegasnya.
Sebelum ini Guan Eng telah dipaparkan berserta transkrip kenyataan yang dikatakan memburuk-burukkan Johor dengan disiarkan oleh media termasuk televisyen dan beberapa blog.
Namun demikian, Guan Eng masih enggan mengakui kesilapannya dan memebritahu beliau memohon maaf kepada Sultan Johor atas dasar penubuhan perjuangan DAP adalah untuk membela Perlembagaan dan bukannya menentang institusi raja. - MediaUMNO
Post a Comment