Headlines News :
Home » , » Siasatan kenyataan Mat Sabu tentang Bukit Kepong sudah selesai - Polis P.Pinang

Siasatan kenyataan Mat Sabu tentang Bukit Kepong sudah selesai - Polis P.Pinang


GEORGE TOWN - Polis telah menyiapkan kertas siasatan terhadap Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu, berhubung kenyataannya mengenai tragedi Bukit Kepong.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob berkata, kertas siasatan itu dihantar ke Bukit Aman semalam, untuk diteliti dan akan dirujuk kepada Pejabat Pendakwa Raya dalam tempoh terdekat.

Menurutnya, polis mengambil keterangan Mohamad pada Ahad lalu.

“Polis turut merekodkan 68 kenyataan daripada pemberita, saksi bebas serta mereka yang membuat laporan polis terhadap beliau bagi melengkapkan siasatan dan sama ada beliau akan didakwa atau tidak, ia bergantung kepada Pejabat Pendakwa Raya,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, Mohamad di-siasat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan yang menggemparkan masyarakat.

Sehingga semalam, 266 laporan polis terhadap Mohamad telah diterima di seluruh negar
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger