Headlines News :
Home » , » Pemuda BN P.Pinang kumpul tandatangan orang ramai untuk bantah SPICE

Pemuda BN P.Pinang kumpul tandatangan orang ramai untuk bantah SPICE




PULAU PINANG 27 Sept. - Pemuda Barisan Nasional (BN) memulakan kempen mengumpul tandatangan orang ramai bagi membantah perjanjian projek pembinaan pusat konvensyen dan pameran antarabangsa bawah tanah dikenali sebagai SPICE yang didakwa merugikan rakyat negeri itu.

Pengerusi Pemuda BN Negeri, Oh Tong Keong berkata, rakyat berhak mendapat maklumat tepat berhubung perjanjian berkenaan yang dilihat hanya menguntungkan pemaju terbabit.

Menurutnya, jika benar berlaku skandal dalam perjanjian itu, ia wajar dihentikan supaya tidak berlaku penyelewengan wang rakyat.

"Kita (Pemuda BN) sudah pun mula mengumpul tandatangan rakyat bagi membantah perjanjian projek SPICE," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau ditemui semasa membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai projek berkenaan.

Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Kerja BN Pulau Pinang, Datuk Dr. Teng Hock Nan mendesak supaya selain laporan kepada SPRM, mana-mana pegawai dalam Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) yang bertanggungjawab dalam perjanjian itu digantung daripada tugas.

Ia kerana pembinaan SPICE hanya memberi kelebihan kepada pemaju menerusi pelbagai keistimewaan diberikan serta menyebabkan hasil yang sepatutnya dinikmati rakyat negeri itu hilang begitu saja.
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger