Headlines News :
Home » , » Krisis dalaman antara DAP Penang dengan Guan Eng

Krisis dalaman antara DAP Penang dengan Guan Eng




oleh : Dr MIM 

Baru-baru ini, Lim Guan Eng DAP, Setiausaha Agung DAP merangkap KM Pulau Pinang telah dimalukan apabila beberapa kawasan strategik telah digunakan untuk mendedahkan sikap beliau.

Beliau melenting tidak puas hati dan mengatakan perbuatan tersebut adalah pengecut. Beliau juga mendakwa bahawa selama ini terdapat kebebasan bersuara di negeri Pulau Pinang, maka sesiapa pun boleh mengkritik secara terbuka.

Kenyataan 'kebebasan bersuara' yang didakwa oleh Cauvinis DAP itu merupakan salah satu daripada pembohongan paling nyata yang pernah dikeluarkan oleh beliau.

Beliau berhujah tentang 'freedom of speech' tetapi beliau sendiri bertindak seperti 'kuku besi' dan autokrat di dalam parti beliau sendiri untuk menzip mulut ahli-ahli parti itu sendiri!

Laporan yang MiM terima ialah Lim Guan Eng DAP telah menggunakan kuasa autokrat beliau untuk melarang kesemua ahli-ahli parti DAP daripada memberi sebarang kenyataan mengenai pertelagahan besar di antara Jeff Ooi dengan Wong Hong Wai di Pulau Pinang.

1. Isunya ialah mengenai pertelagahan tentang calon-calon untuk rumah kos rendah yang dikatakan telah disalahgunakan oleh Jeff Ooi tanpa merujuk dulu kepada Hong Wai yang merupakan Exco Perumahan Negeri Pulau Pinang. Maksud mudah, Jeff Ooi lawan towkey!


2. Beliau juga telah mendesak supaya Hong Wai DAP supaya meletakkan jawatan!


3. Jeff Ooi merupakan orang kuat dan akan sentiasa dilindungi oleh Lim Guan Eng dalam apa situasi sekali pun. Kerana itu kita tidak terkejut dengan sikap Jeff Ooi yang tampak bossy kerana Guan Eng akan menyokong beliau.


4. Manakala Wong Hong Wai adalah the real aktivitis DAP yang lebih dekat dengan rakyat dan kerana itu beliau telah disokong oleh Pengerusi DAP Pulau Pinang sendiri, Chow Kon Yeow.

Larangan 'bersuara dan bercakap' yang diperintahkan oleh Lim Guan Eng DAP itu bukan sahaja menunjukkan tiada kebebasan bersuara di dalam parti DAP.

Tetapi ianya juga jelas menunjukkan beliau begitu takut rakyat akan lebih terdedah dengan 'kurap dan nanah' yang selama ini terkumpul di dalam parti itu.

Malah, perintah larangan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung DAP itu juga telah menyerlahkan lagi pergeseran dan pergelutan kuasa yang sangat jelek di dalam parti DAP Pulau Pinang.

MiM tidak terkejut jika berlaku geng berasingan di dalam DAP Pulau Pinang iaitu geng Chow Kon Yeow, Pengerusi DAP Pulau Pinang dengan geng Lim Guan Eng, ahli politik import dari Melaka.

Penelitian yang kita boleh nyatakan ialah

1. Kesatuan di dalam geng Pengerusi DAP Pulau Pinang adalah lebih erat dan berdasarkan kepada sikap kenegerian atau pun 'Penangites'.


2. Kesatuan di dalam geng Lim Guan Eng begitu rapuh, di antaranya ialah mereka terpaksa terhutang budi kerana diberikan sesuatu jawatan penting oleh KM Pulau Pinang itu.
Dek kerana itu,Lim Guan Eng mati akal apabila kroni kuat beliau mula tunjuk perangai tetapi dalam masa beliau takut dikritik dan mula disisihkan oleh DAP Pulau Pinang.

Dan kerana itu Lim Guan Eng DAP begitu pengecut tidak mahu mengeluarkan sebarang kenyataan atau pun artikel mengenai 'nanah' di dalam parti beliau sendiri.

Jika Setiausaha Agung DAP itu begitu cepat dan rakus mengeluarkan kenyataan mengkritik pihak lain ke atas apa sahaja yang beliau boleh salahkan, beliau diam kaku seribu bahasa di dalam isu yang menyerlahkan ketidak mampuan beliau menjadi KM Pulau Pinang.

Maka, MiM sarankan kepada Lim Guan Eng supaya jangan hanya pandai berkata-kata dan menyalahkan pihak lain. Perbetulkan ketidakefesienan diri itu dulu.

Jika tidak, segala komen dan kritikan KM Pulau Pinang itu hanya sekadar lawak jenaka yang akan diketawakan oleh rakyat Pulau Pinang.
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger