Headlines News :
Home » , , » Kejayaan Terbesar Kerajaan DAP Pulau Pinang Tindas Rakyat Bawahan

Kejayaan Terbesar Kerajaan DAP Pulau Pinang Tindas Rakyat Bawahan



 Pembangunan yang dikatakan oleh kepimpinan kerajaan Pulau Pinang lebih banyak membawa keperitan hidup kepada rakyat terutama di kalangan golongan kurang berkemampuan.

Ketua Wanita UMNO Pulau Pinang, Zabariah Wahab berkata, pembangunan yang dikatakan itu banyak memberi kelebihan kepada sesuatu golongan sahaja dan tidak dilakukan secara menyeluruh.

Apa pembangunan yang dibuat sejak memerintah negeri ini, apa yang berlaku ialah banyak golongan kurang berkemampuan ditindas, kawasan kediaman mereka diambil atas nama pembangunan tetapi penduduk terbabit tidak menerima faedahnya .

Semua itu untuk golongan berkemampuan, itu adalah cara halus yang dilakukan oleh mereka untuk mengambil tanah rakyat dan akhirnya menghalau penduduk terbabit ke kawasan lain,? katanya.

Menurutnya, jika benar kepimpinan sekarang prihatin terhadap rakyat, mereka tidak akan melakukan sebegitu dan seharunya membantu mereka yang kurang berkemampaun itu bukannya menindas mereka.


Lim Guan Eng (Ketua Menteri Pulau Pinang) hanya pandai bercakap sahaja, tetapi yang sebenarnya tiada apa kemajuan yang dibuat oleh mereka di Pulau Pinang, pembangunan yang berlaku sekarang kebanyakan adalah hasil perancangan ketika pemerintahan Barisan Nasional dahulu.

Jika benar, kerajaan sekarang banyak membantu rakyat, sudah pasti tidak ada rungutan sehingga ada di antara mereka yang sanggup berdemo di pejabat Ketua Menteri.

Untuk menutup kelemahan, mereka menuduh itu semua dilakukan oleh kerajaan terdahulu sedangkan mereka mempunyai kuasa jika menolak atau membatalkan pembangunan yang dibuat jika menyusahkan rakyat,? katanya.

Zabariah berkata, Guan Eng tidak perlu membuat cerita, sejak pakatan pembangkang memerintah di Pulau Pinang banyak pembangunan dan kemajuan yang dilakukan untuk rakyat.

Tak perlulah berbohong, jangan pandai bercakap sahaja tunjukkan apa yang telah dilakukan selama ini, mungkin di luar dia boleh bercakap besar tetapi yang sebenarnya tiada apa yang berlaku untuk rakyat. Malah rakyat makin tertekan dengan tindakan yang dilakukan, katanya. -MediaUMNO
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger