BUKIT MERTAJAM 10 April - Bagi meningkatkan pemahaman terhadap tulisan jawi di kalangan pelajar sekolah, Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang mengambil inisiatif menaja 5,000 naskhah Utusan Melayu Mingguan kepada 20 sekolah di negeri ini.
Ketuanya, Shaikh Hussein Mydin berkata, penajaan sisipan dalam Utusan Malaysia pada setiap Isnin itu diharap dapat membantu pelajar menguasai tulisan jawi selain dijadikan sebagai bahan pembelajaran dalam bilik darjah.
"Naskhah percuma itu akan diedar ke sekolah menengah di kawasan Kepala Batas, Tasek Gelugor, Permatang Pauh, Nibong Tebal, Bayan Baru dan Balik Pulau,'' katanya pada majlis penyerahan cek tajaan akhbar berkenaan di sini, malam tadi.
Ia disampaikan oleh Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin kepada Penolong Pengurus Pemasaran Utusan Melayu (Malaysia) Berhad Wilayah Utara, Mohd. Azman Mansor.
Bezza Tyre Size: A Practical Guide For Choosing The Right Fit
-
Learn how bezza tyre size affects comfort, safety, and tyre replacement
decisions for everyday driving in Malaysia. Bezza Tyre Size: A Practical
Guide Fo...
2 weeks ago
Post a Comment