Headlines News :
Home » » Lim Kit Siang Digesa Semak Indeks Jenayah Pulau Pinang.

Lim Kit Siang Digesa Semak Indeks Jenayah Pulau Pinang.

KUALA LUMPUR: Penasihat DAP, Lim Kit Siang, perlu merujuk indeks jenayah di Pulau Pinang yang mana anaknya, Lim Guan Eng menjadi Ketua Menteri yang dilaporkan menurun sebelum membuat tuduhan menyatakan bahawa indeks jenayah negara yang dilaporkan menurun sebagai retorik dan gimik politik semata-mata.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata kenyataan Kit Siang itu tidak mewakili semua rakyat dan ia hanya kenyataan politik semata-mata.

“Saya tidak menjangkakan pembangkang akan memperkatakan mengenai kejayaan kejayaan kita dalam NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Negara). “Apa yang boleh saya katakan, Kit Siang perlu berunding dengan anaknya, Guan Eng yang mengakui bahawa kadar jenayah di Pulau Pinang sudah menurun 17.3 peratus dan dia juga mengucapkan tahniah kepada polis,” katanya pada sidang media di Parlimen, semalam.
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger