Headlines News :
Home » » Kerajaan Pusat akan jadikan P.Pinang sebagai Bandar Metropolis - Najib

Kerajaan Pusat akan jadikan P.Pinang sebagai Bandar Metropolis - Najib



BALIK PULAU: Kerajaan pusat akan membangunkan Pulau Pinang sebagai bandar Metropolis ketiga dalam negara, selepas Lembah Klang dan Johor Baharu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sebuah jawatankuasa yang dianggotai oleh Badan Pelaksana Koridor Utara (NCIA), Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (Pemandu) dan Khazanah Nasional Bhd dipertanggungjawabkan untuk mengkaji pelaksanaan rancangan itu.

"Jawatankuasa ini akan membuat laporan kepada Majlis Ekonomi mengenai hasil kajian itu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Jamuan Mesra Rakyat di Kampung Permatang Pasir di sini, Sabtu.

Beliau berkata pembangunan bandar metropolis itu dijangka dapat meningkatkan lagi pelaburan di Pulau Pinang, dan menurutnya ini membuktikan bahawa kerajaan pusat tidak meminggir, malah sentiasa berusaha memajukan Pulau Pinang.

Menjawab soalan mengenai pencapaian beliau sebagai Perdana Menteri yang genap tempoh dua tahun esok, Najib berkata beliau nampak bahawa rakyat semakin yakin dengan kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata keyakinan rakyat itu berdasarkan kejayaan kerajaan memulihkan ekonomi negara menerusi pelbagai pelan transformasi yang dilaksanakan, dan menurutnya banyak program-program pembangunan yang dirancang oleh kerajaan sudah dilaksanakan.-BERNAMA
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger