Headlines News :
Home » » PR Gerun dengan BAJET 2011.

PR Gerun dengan BAJET 2011.



KUALA LUMPUR, 15 Okt – Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan tidak hairan dengan pandangan sinis pihak pembangkang yang menyifatkan Bajet 2011 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat hari ini sebagai Bajet Pilihan Raya.

Pembangkang gerun kebijaksanaan dan kebaikan Kerajaan Pusat menerusi Bajet 2011 boleh menyebabkan rakyat mengucapkan ‘selamat tinggal’ kepada pakatan pembangkang yang kini pincang dan menindas rakyat di Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Kelantann, katanya.

Sambil menganggap perkara itu sebagai amalan biasa pembangkang memburukkan amal baik Kerajaan, beliau percaya itu membuktikan kerajaan Barisan Nasional (BN) sememangnya sentiasa menekankan pembelaan terhadap rakyat.

“Seperti biasa pembangkang gerun dengan kebijaksanaan BN lantas menuduh begitu… BN selaku kerajaan yang bertanggungjawab sebenarnya sentiasa membela nasib rakyat saban tahun, bukan hanya untuk tahun 2011 sahaja.

“Hakikatnya tarikh akhir untuk pilihanraya umum akan datang ialah 2013 bukan tahun hadapan…. Jika ada lagi bajet sehebat 2011 untuk tahun 2012 dan 2013, pembangkang sebenarnya khuatir jika rakyat akan mengucapkan selamat tinggal kepada mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada UMNO-Online sebagai mengulas pembentangan Bajet 2011 oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang bertemakan ‘Transformasi Ke Arah Negara Maju Berpendapatan Tinggi’ dengan empat strategi utama.

Menurutnya bajet ini mampu meratakan khazanah negara kepada keseluruhan rakyat dengan pertumbuhan mantap 7 peratus untuk tahun 2010 berbanding negatif 1.7 peratus tahun 2009.

“Kepakaran kerajaan BN dalam mengendalikan ekonomi negara wajar disyukuri semua.

”Keprihatinan mendegar rintihan rakyat terbanyak menjadikan bajet ini menerima banyak pandangan lantas sesuai disebut sebagai Bajet Kesejahteraan Rakyat.

“Kita buat baik, lagi (semakin) banyak pembankang kutuk, rakyat akan semakin meluat dengan perangai mereka,” ujarnya.
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger