Headlines News :
Home » » Pemuda Umno akan serah wang ihsan November ini.

Pemuda Umno akan serah wang ihsan November ini.



PULAU PINANG 7 Okt. – Semua wang ihsan yang dipulangkan semula oleh warga emas kerana ragu-ragu dengan sumber dana itu akan diserahkan semula kepada kerajaan negeri selewat-lewatnya awal bulan depan.

Ketua Penerangan Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, proses pemulangan itu mengambil masa kerana sehingga kini pihaknya dimaklumkan masih ada golongan warga emas yang mahu berbuat demikian.

Menurutnya, sebagai contoh, difahamkan terdapat sekumpulan warga emas di kawasan Balik Pulau akan bertindak memulangkan wang tersebut esok sementara dari Tasek Gelugor pada minggu depan.

“Sehingga hari ini seramai 210 orang terdiri daripada fakir miskin, warga emas dan waris yang menerima wang sumbangan kematian telah memulangkan wang itu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Pada 29 September lalu, 40 penerima bantuan kerajaan negeri terdiri warga emas dan fakir miskin dari kawasan Kepala Batas memulangkan semula bantuan berkenaan.

Ia diikuti 70 lagi penerima bantuan sekitar Bayan Baru pada 2 Oktober lalu dan 47 dari Bukit Mertajam yang membuat tindakan sama pada keesokan harinya dan di tempat-tempat lain juga.

Pada masa sama, Musa menegaskan, bukan UMNO yang mendalangi perkara itu sebaliknya warga emas dan fakir miskin yang terlibat bertindak menghubungi sendiri mereka untuk meminta bantuan.

“Kami prihatin dengan kegelisahan yang mereka alami dan saya ingin menyatakan di sini bahawa kami hanya menghulurkan pertolongan yang diminta,” ujarnya. - Utusan
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger