Headlines News :
Home » » Trak Pemuda BN P.Pinang disimbah cat merah pihak tak bertanggungjawab

Trak Pemuda BN P.Pinang disimbah cat merah pihak tak bertanggungjawab



GEORGETOWN - Pemuda Barisan Nasional (BN) membuat laporan polis berhubung trak pentas bergerak mereka disimbah cat merah awal pagi tadi. Ketua Pemuda BN Pulau Pinang, Oh Tong Keong Tong Keong berkata, kejadian itu disedari pemandu trak berkenaan yang tiba di pekarangan Ibu Pejabat Gerakan Pulau Pinang bagi mengambil trak berkenaan untuk dibawa ke Taman Manggis.

 “Pemandu kita menyedari ketika dia datang untuk ambil trak yang diletakkan di pekarangan Ibu Pejabat Gerakan kira-kira jam 7 pagi tadi. “Apabila pemeriksaan dilakukan, kita menjumpai tin cat bersaiz kecil berserta beg plastik yang dibuang di tepi pagar bangunan Gerakan.

Kita tidak mengesyaki mana-mana pihak namun membuat satu laporan polis berhubung kejadian itu,” katanya. Julai lalu, BN Pulau Pinang melancarkan pentas bergerak susulan tindakan Kerajaan Negeri yang tidak membenarkan mereka menggunakan padang serta dewan komuniti di seluruh negeri ini.

 Ia dilaksanakan di bawah program ‘Semboyan Dibunyikan’ yang mana sebelum itu BN melancarkan kempen risalah penerangan kepada rakyat.
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger