Ismail Sabri Poster Boy BN PRU15 ada WOW Factor - Najib
KEPUTUSAN BERGERAK SOLO PRU15 MASIH BOLEH BERUBAH IKUT SITUASI - TOK MAT
ALOR SETAR: Barisan Nasional (BN) tidak menolak kemungkinan keputusan untuk bergerak secara solo pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan berubah mengikut situasi semasa dan kecenderungan untuk menang.
Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan, berkata keadaan itu boleh berlaku berikutan dinamik politik sering berubah-ubah.
Bagaimanapun, katanya, pendirian BN untuk bersendirian menghadapi PRU-15 setakat hari ini masih kekal.
"Pada ketika ini parti sudah buat keputusan BN akan bergerak solo. Itu setakat hari inilah sebab politik ini kadang-kadang ia tidak statik. Jadi ini belum kita putuskan lagi.
"Boleh jadi esok, ada pula pandangan kita macam lain dan kita akan ubah suai mengikut situasi, yang pentingnya kita nak menang. Bagaimana nak menang? Menerusi strategi dan taktikal kita," katanya selepas mengadakan pertemuan dengan jentera pilihan raya dan pimpinan Bahagian UMNO Kedah di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Mohamad berkata, bagi menghadapi sebarang kemungkinan, UMNO kini sedang membuat penilaian kedudukan parti di setiap negeri bagi memantau tahap persediaan jentera BN menerusi siri jelajah sehingga pertengahan bulan depan.
Beliau berkata, pihaknya akan membuat laporan dalam parti terlebih dulu sebelum kajian kedudukan setiap negeri diperhalusi.
"Apa yang perlu kita buat di setiap negeri dan pendekatan berbeza-beza sebab politik sekarang tak boleh macam dulu lagi. Contohnya di Kedah, sekejap PAS menang, sekejap BN menang, susah nak cakap.
"Namun daripada pengamatan saya, jentera dan gerak kerja parti kemukakan strategi yang meyakinkan, namun kita perlu berhati-hatilah elak tersilap langkah," katanya.
Mohamad berkata, laporan setiap UMNO Bahagian akan dibentangkan kepada Perdana Menteri untuk memastikan sama ada UMNO sudah bersedia atau sebaliknya untuk menghadapi PRU-15.
"Ramai orang kata mahu adakan PRU-15, tetapi adakah parti sudah bersedia. Inilah laporan yang akan menyatakan kesediaan parti, supaya kita jangan tersalah langkah.
Pemilihan calon belum kita bincang lagi," katanya.
Beliau berkata, selepas Perlis dan Kedah, siri jelajah akan diteruskan ke Melaka, Johor, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak sehingga selesai semua negeri.
sumber : Berita Harian
PULAU JEREJAK BUKAN LAGI MILIK PULAU PINANG DI BAWAH KERAJAAN DAP
GEORGETOWN - Pulau Pinang hilang sepenuhnya pemilikan terhadap Pulau Jerejak apabila negeri ini, melalui Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), menjual 49 peratus miliknya kepada anak syarikat Ideal Properties, Q Island Development.
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang Teng Chang Yeow berkata sekiranya kerajaan negeri mewartakan Pulau Jerejak sebagai taman negeri lapan tahun lepas, rakyat Pulau Pinang tidak akan hilang keseluruhan pulau itu kepada sebuah syarikat swasta.
"Pada 2013, kerajaan negeri pimpinan DAP, melalui PDC, membatalkan perjanjian dengan Ideal Properties dan menurut sumber PDC, sekiranya perjanjian itu terlaksana, kerajaan negeri berpotensi meraih keuntungan RM220 juta," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Bagaimanapun, kata Teng, kerajaan negeri tidak meluluskan usaha sama berkenaan pada 2013 dan sebaliknya menjual 49 peratus saham pulau itu tahun ini pada harga RM156 juta.
Projek pembangunan semula Pulau Jerejak sepatutnya dilaksanakan secara usaha sama antara Q Island Development dan UDA Holdings, sebuah syarikat berkaitan kerajaan.
Pada 10 November, Ketua Menteri Lim Guan Eng, yang juga pengerusi PDC, menggesa Gerakan mendapatkan penjelasan daripada UDA memandangkan syarikat itu terletak di bawah kerajaan persekutuan.
Teng bagaimanapun berkata UDA tidak melaporkan perjanjian berkenaan kepada BN dan perjanjian mengenai syarikat itu hanya dibentangkan di Parlimen.
"Apa yang kami mahu sekarang ialah kerajaan negeri memberi penjelasan penuh tentang perjanjian berkenaan," katanya.
UDA Holdings, dalam satu kenyataan pada 8 November, mengesahkan mengadakan usaha sama dengan Q Island Development mengenai projek itu, yang dijangka siap dalam masa lapan hingga 10 tahun. Jumlah kos tidak ditentukan.
Menurut UDA, pelan pembangunan semula pulau itu telah diluluskan kerajaan negeri. Empat hotel bertaraf lima bintang, 1,200 unit kediaman, sebuah marina, sebuah taman tema dan laluan basikal sepanjang 11.5km akan dibina di pulau itu bagi menggalakkan aktiviti pelancongan di Pulau Pinang. - Bernama
PEMUDA GERAKAN PERSOAL JANJI WARTA HUTAN SIMPAN DI PULAU JEREJAK ?
11/11/2016 - Pada tahun 2009, ahli Exco DAP Negeri Phee Boon Poh mengarahkan Pejabat Tanah Negeri untuk mempercepatkan prosedur mewartakan tanah di Pulau Jerejak sebagai Hutan Simpanan negeri dan ia dijangka akan disiapkan dalam TEMPOH SETAHUN.
Pada November 2014, Phee Boon Poh sekali lagi berkata bahawa kerajaan negeri akan mewartakan Pulau Jerejak sebagai zon rizab hutan kekal.
Dan pada April 2016 pula, Phee Boon Poh telah memberi jaminan kepada rakyat negeri ini bahawa Pulau Jerejak pasti akan ditetapkan sebagai rizab hutan kekal. Katanya, kerajaan DAP Negeri telah menyiapkan kertas kerja bagi tujuan tersebut.
Phee juga berkata pada ketika itu, bahawa Pulau ini akan tidak akan diserahkan kepada pihak ketiga untuk pembangunan.
Loo mempersoalkan Kerajaan Negeri tentang kesemua janji-janji tersebut yang dibuat berdasarkan perkara terbabit. Ini membuktikan ketidakikhlasan janji Phee Boon Poh.
Selama 8 tahun yang lalu, Ketua Menteri dan pentadbirannya telah mendiamkan diri tentang penjualan pegangan 49% PDC di Tropical Island Resort Sdn Bhd (TIRSB), tetapi kenapa sekarang PDC yang diketuai oleh Pengerusinya (Lim Guan Eng) telah menjual sahamnya?
Kita masih boleh berteka teki jika berita untuk membangunkan Pulau Jerjak oleh Ideal Property Group tidak dilaporkan oleh media beberapa hari yang lalu.
Tetapi kini setelah didedahkan kepada umum, mengapa Ketua Menteri tidak mahu memberitahu orang ramai tentang kebenarannya? Di manakah ketelusan yang selama ini didakwa menjadi amalan Ketua Menteri P.Pinang?
Oleh yang demikian, Pemangku Ketua Pemuda Gerakan P.Pinang, Jason Loo Jieh Sheng mempersoalkan Kerajaan Negeri tentang perkara-perkara berikut:
1) Adakah PDC mendapat harga yang lebih baik melalui open tender apabila ia dijual sahamnya yang berjumlah 49% itu?
2) Kenapa PDC sebaliknya tidak pula membeli keseluruhan pemilikan saham 51% dari UDA?
3) Bilakah tender terbuka penjualan saham 49% tersebut dijual di TIRSB?
4) Syarikat yang manakah lagi yang telah mengemukakan penawaran di dalam kertas-kertas tender?
5) Berapa banyakkah harga jualan saham tersebut?
Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata semalam bahawa, "setelah itu selesai, kami boleh diwartakan kawasan tersebut sebagai hutan simpan."
Kenyataan tersebut jelas menunjukkan motif mereka untuk menipu rakyat P.Pinang selama ini.
Mengapa mereka memberi janji-janji yang tidak masuk akal dan pelbagai alasan 8 tahun yang lalu jika mereka tidak mempunyai niat untuk mewartakan Pulau Jerejak sebagai rizab hutan Kebangsaan?
Adakah kerajaan DAP negeri lupa, pada tahun 2006, Phee Boon Poh juga telah memberi amaran kepada pihak-pihak yang terlibat dalam membangunkan Pulau Jerejak, agar jangan ini ada agenda sendiri yang mungkin akhirnya akan 'memperkosa' kesucian Pulau berkenaan.
Loo bertegas bahawa beliau percaya keputusan untuk membenarkan kroni Guan Eng membina 1,200 unit kediaman mewah dan sebuah taman tema, antara lain menunjukkan bahawa kerajaan negeri yang diterajui DAP yang sebenarnya adalah "perogol Pulau Jerejak".
Pulau Jerejak yang sepatutnya digazetkan sebagai rizab hutan Kebangsaan pada tahun 2008, tetapi masih gagal dilaksanakan oleh kerajaan DAP yang kononnya menjadi Harapan seluruh rakyat negeri ini.
Ini membuktikan bahawa Lim Guan Eng sememangnya seorang Juara menipu dan juga Juara cakap berbelit-belit.
"Di mana manfaat bagi rakyat P.Pinang dengan keputusan yang sangat merugikan ini?"
tanya Loo.
~ Kenyataan oleh Pemangku Ketua Pemuda Gerakan P.Pinang, Jason Loo Jieh Sheng
GERAKAN P.PINANG PERSOAL KERAJAAN P.PINANG JUAL TANAH HARGA RENDAH TAMAN MANGGIS
PEMUDA BN DESAK KERAJAAN DAP BINA RUMAH PPRT UNTUK RAKYAT MISKIN P.PINANG
situ?,” katanya.
GUAN ENG ANGKUH , TIDAK BOLEH TERIMA KRITIKAN SEKUTU PKR - MCA
KERAJAAN DAP DIDESAK PERINCIKAN KEPERLUAN NAIK ELAUN EXCO 100 % - JAHARA
GEORGETOWN: Kerajaan DAP Pulau Pinang digesa memperincikan keperluan untuk menaikkan elaun EXCO kerajaan negeri sebanyak 100 peratus.
Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Datuk Jahara Hamid, kenaikan itu terlalu tinggi. "Perkara ini (kenaikan elaun EXCO kerajaan negeri) perlu diperincikan dengan jelas supaya tiada perkara berbangkit yang akan berlaku.
"Bagaimanapun, saya rasa cadangan kenaikan elaun ini tidak perlu diteruskan, sekiranya mereka (kerajaan negeri) gagal memberi penjelasan berhubung tujuan ia dilakukan," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan negeri 2016 di DUN Pulau Pinang di sini, hari ini.
GERAKAN BAWA SEMANGAT TELUK INTAN KE PERMATANG PAUH
Parti Gerakan mengerahkan 3,000 anggotanya di Permatang Pauh untuk bekerja keras bagi memastikan Barisan Nasional (BN) memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Kecil (PRK) 7 Mei ini.
“Saya yakin prestasi kami di Permatang Pauh akan lebih baik. Walaupun kami bertanding di kawasan kubu kuatpembangkang, ia tidak bermakna kami tiada harapan untuk menang. Tidak ada apa yang mustahil dalam politik.
“Jika dahulu kami berjaya merampas kembali Teluk Intan, tidak mustahil juga boleh menang di Permatang Pauh…yang penting sekarang ialah semangat dan keazaman tinggi sebagai satu pasukan,” kata Presidennya, Datuk Mah Siew Keong di Permatang Pauh, Selasa.
Menurutnya, jentera pilihan raya parti akan menemui setiap pengundi di kawasan itu dan menjelaskan dengan lebih terperinci mengenai isu yang dibangkitkan pembangkang.
BN P.PINANG PERLU REALISTIK RAIH UNDI CINA BUKAN RETORIK
ISU BETTY : GUAN ENG PERLU CERMIN DIRI SEBELUM TUDUH BN
ADUN BN PERSOAL GUAN ENG ISU PDC JUAL RUMAH MELEBIHI HARGA SILING
PULAU PINANG 13 Nov. - Kerajaan negeri seolah-olah tidak bersungguh-sungguh dalam usaha membangunkan projek perumahan mampu milik di negeri ini apabila didakwa menjual unit-unit rumah dibangunkan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dengan harga yang jauh lebih tinggi daripada harga siling. Jahara Hamid Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri
Menurut Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Jahara Hamid, melalui maklumat yang diperoleh, pihaknya mendapati 180 unit rumah di Intan Delima, Bandar Cassia di Batu Kawan dijual pada harga melebihi RM306,000 sedangkan harga siling bagi penjualan rumah di kawasan terbabit ditetapkan adalah RM250,000.
Katanya, pihaknya mempunyai bukti bahawa projek perumahan di kawasan terbabit melibatkan pengambilan tanah dengan harga yang rendah oleh PDC tetapi menjual rumah yang dibangunkan pada harga melampau.
“Harga jualan rumah di kawasan ini juga ditetapkan pada harga yang jauh lebih tinggi daripada permohonan dibuat kerajaan negeri kepada Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan sebelum ini.
“Melalui permohonan itu, kerajaan negeri menetapkan harga maksimum rumah di Bandar Cassia ini akan dijual pada harga RM220,000, namun hakikatnya harga jualan yang ditetapkan lebih daripada RM306,000,” katanya kepada pemberita di DUN di sini hari ini.
Jahara berkata, pihaknya mahu penjelasan berhuhung isu harga rumah dijual PDC itu dibuat segera oleh kerajaan negeri. Katanya, bukan sahaja harga rumah di Bandar Cassia yang dijual dengan harga tinggi bahkan harga rumah di Bayan Mutiara, Bayan Lepas di sini juga tidak mengikut harga si ling apabila harga jualannya mencecah RM3 juta biarpun projek dibangunkan oleh agensi kerajaan negeri.
“Beberapa projek perumahan yang ingin dibangunkan oleh agensi Kerajaan Pusat sehingga kini tidak diberikan kelulusan atas alasan pengambilan tanah dilakukan dengan harga rendah tetapi harga jualan rumah yang dicadangkan didakwa tinggi.
“Kerajaan negeri jangan ingat rakyat bodoh dan tidak tahu apa-apa, kenapa pengambilan tanah dijadikan alasan untuk tidak meluluskan projek perumahan yang ingin dibangunkan oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) dan JKP Sdn. Bhd. sedangkan PDC juga menggunakan kaedah yang sama.” tegasnya.
Dalam perkembangan lain, Jahara yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Air Tawar mendesak kerajaan negeri menjelaskan berhubung layanan istimewa yang diberikan kepada Ivory Propeties Group dalam proses penjualan tanah milik PDC kepada syarikat terbabit. “Melalui surat daripada Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Bandar Desa dan Perumahan negeri, Jagdeep Singh Deo memaklumkan setakat ini pembayaran dibuat syarikat tersebut hampir bernilai RM300 juta.
“Namun dalam perjanjian jual beli, setakat ini, Ivory Properties Group Berhad sepatutnya telah membayar lebih RM600 juta kepada kerajaan negeri, jadi mana perginya kira-kira RM400 juta lagi jumlah pembayaran seperti yang dipersetui dalam perjanjian?” katanya.
Tegas Jahara, penjualan tanah terbabit dilakukan dengan harga yang rendah dan kini syarikat itu mendapat layanan istimewa pula daripada kerajaan negeri.
“Kita mahu perkara ini dijelaskan dengan teliti oleh kerajaan negeri termasuk dakwaan bakal menanggung kerugian sebanyak RM800 juta jika mahu membangunkan rumah mampu milik dan kos rendah di negeri ini,” jelasnya. -
ADUN BN DESAK GUAN ENG JAWAB ISU PERBADANAN BUKIT BENDERA
Enakmen Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang 2009 yang diluluskan pada tahun 2009 masih belum diwartakan sehingga hari ini.
Kegagalan berbuat demikian menyebabkan pengurusannya tidak dikendalikan secara teratur dan tersusun seperti sebuah agensi kerajaan sebaliknya dilihat lebih kepada menguruskan ‘syarikat sendiri’.
Muhammad Farid Saad (BN-Pulau Betong) berkata, sehingga kini perbadanan itu masih tidak mengetahui sempadan pentadbirannya sendiri menyebabkan banyak kawasannya dicerobohi individu atau orang persendirian.
"Apa guna kita berbincang begitu lama dalam Dun mengenai isu itu tetapi akhirnya selepas diluluskan ia belum lagi diwartakan.
"Apa masalahnya dan mengapa mengambil masa begitu lama untuk mewartakannya. Saya harap pengerusinya yang juga Ketua Menteri, Lim Guan Eng dapat memberi penjelasan," katanya pada sidang media di pejabat ketua pembangkang Dun semalam.
Turut hadir Ketua Pembangkang Dun, Datuk Jahara Hamid dan Adun Bertam, Shariful Azhar Othman.
Beliau berkata akibat keadaan yang meruncing dalam pengurusannya, perbadanan itu menerima teguran dalam 22 perkara dari Ketua Audit Negara dalam laporan terbarunya berakhir 31 Disember 2013.
"Pihak audit tidak dapat membuat pengesahan mengenai baki dua akaun Maybank Berhad pada 31 Disember 2013 kerana surat pengesahan bank tidak dikemukakan," katanya.
Antaranya ia tidak mematuhi piawaian perakaunan dan pekeliling yang berkuatkuasa dalam merekodkan aset tetap. Terdapat kesilapan dalam merekod aset tetap yang menjejaskan nilainya terhadap penyata kewangan.
Beliau berkata, terdapat transaksi yang sepatutnya direkod sebagai belanja tetapi direkodkan sebagai aset tetap manakala transaksi yang sepatutnya direkod sebagai kos operasi tetapi direkod sebagai aset tetap.
"Terdapat urus niaga yang tidak mempunyai dokumen sokongan seperti kos operasi alat penyelenggaraan berjumlah RM346,425.31, kos operasi bagi kerja penyelenggaraan (RM105,328.28), perbelanjaan hadiah dan cenderahati (RM9,400), perbelanjaan pentadbiran bagi perkhidmatan kerja HR (RM24,194), perbelanjaan perkhidmatan konsultan (RM67,000), perbelanjaan perkhidmatan keselamatan (2,289.60).
"Terdapat dokumen sokongan yang tidak mempunyai invois dan amaun invois tidak sama dengan amaun dalam lejar seperti perbelanjaan kepada Syarikat Schenker Logistics (M) Sdn Bhd berjumlah RM23,260.04, perbelanjaan kos operasi hill and trail maintenance kepada Syarikat Sutrak Air Conditioning Sales (RM13,182.30)," katanya.
Sementara itu, Jahara berkata, berdasarkan perkembangan semasa, pengurusan Perbadanan Bukit Bendera boleh dianggap berada dalam keadaan kelam kabut.
Beliau kesal pengurusan kewangannya tidak tersusun walaupun mendapat peruntukan geran tahunan RM9 juta dari kerajaan negeri dan RM13 juta dari hasil jualan tiket manakala kos menyediakan kereta api baharu ditanggung kerajaan pusat.
Oleh itu, Adun BN berpendapat perbadanan itu tidak layak mendapat sebarang peruntukan tambahan dari pusat sehingga ia membetulkan segala kepincangan yang berlaku dalam pengurusan dan kewangannya terlebih dahulu.
"Dalam Bajet 2015, Guan Eng menyebut kerajaan negeri merancang mengadakan projek kereta kabel yang menghubungkan Taman Belia ke Bukit Bendera serta Teluk Bahang ke Bukit Bendera.
"Projek ini dianggarkan RM250 juta dan kerajaan negeri akan meminta bantuan dari kerajaan pusat. Jadi kami tidak sokongan selagi tiada perubahan," katanya.





















