Headlines News :
Home » » REEZAL MERICAN CALON MT PALING MUDA MENANG

REEZAL MERICAN CALON MT PALING MUDA MENANG




KUALA LUMPUR 20 Okt. - Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berjanji akan berusaha bersungguh-sungguh memikul tanggungjawab diamanahkan para perwakilan UMNO yang memilih beliau sebagai salah seorang ahli Majlis Tertinggi (MT) parti dalam pemilihan semalam.

Reezal Merican yang merupakan calon paling muda bertanding jawatan itu pada usia 41 tahun turut menyatakan rasa terharu dengan keputusan dibuat para perwakilan.
Katanya, kemenangannya sebagai ahli MT merupakan amanah yang akan dipikul dengan serius serta cuba menjadi ‘ahli pasukan’ terbaik kepada UMNO.

“Saya sangat bersyukur kerana diberi kepercayaan oleh para perwakilan walaupun menyedari saya adalah yang termuda bertanding kali ini. Perkara ini membuatkan saya rasa sangat terharu dan berjanji akan memikul amanah dengan sebaiknya.

“Apa yang penting ialah saya ingin menyumbang kepada pelaksanaan visi serta misi Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan baik untuk kepentingan agama, bangsa dan negara," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Reezal Merican berjaya menempatkan diri pada kedudukan ke-24 selepas menerima 97 undi daripada bahagian dengan 48,353 perwakilan memilihnya.
Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Kepala Batas merupakan salah seorang daripada empat calon yang dicadangkan pergerakan Pemuda UMNO untuk bertanding jawatan MT.

Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger