PULAU PINANG, 21 Okt – Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang sebelum ini terkenal dengan sikap suka menyaman mana-mana pihak yang di dapati memberikan kenyataan menentang pakatan pembangkang, kini mula mendendangkan irama berbeza apabila berdepan isu moral yang dikatakan membabitkan anaknya.
Guan Eng dilihat hanya memberikan kenyataan-kenyataan berbeza tetapi tidak mengambil sebarang tindakan terhadap mereka yang bertangungjawab menyebarkan isu tersebut.
Menurut Yang diPertua Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) cawangan Barat Daya, Mohd Faiz Mohd Rafeek, Guan Eng sepatutnya berhenti daripada mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan rakyat dan terus mengambil tindakan undang-undang sekiranya benar isu ini hanya satu propaganda politik.
“Daripada Guan Eng mengeluarkan kenyataan yang bakal menjerat leher sendiri, adalah lebih baik dia mengambil tindakan dengan menyaman pihak yang bertanggungjawab. Bukankah sebelum ini dia amat gemar menyaman mana-mana pihak yang tidak berpihak kepadanya. Jadi, mengapa bila isu ini timbul, dia mengambil pendekatan yang berbeza.
“Guan Eng perlu telus dan menegakkan kebenaran sekiranya dia yakin berada di pihak yang benar. Sebenarnya, isu ini memberi satu kelebihan kepada Guan Eng sekaligus pakatan pembangkang sekiranya mereka tidak bersalah. Tapi kalau terus berdolak dalik, rakyat pasti akan berfikir Guan Eng cuba menyembunyikan kebenaran,” ujarnya kepada UMNO-Online di sini, hari ini.
Faiz turut menjelaskan, sekiranya isu ini terjadi di kalangan pemimpin UMNO, sudah pasti Guan Eng dan pakatan pembangkang akan menggunakannya sebagai ‘senjata’ untuk merosakkan imej UMNO di mata rakyat.
Contoh terbaik tambah beliau adalah isu cincin yang melibatkan Datin Seri Rosmah Mansur, isteri kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Mereka menggembar-gemburkan isu ini demi kepentingan politik dan mahu merosakkan imej Perdana Menteri sendiri. Namun, apabila ianya terjadi kepada keluarganya sendiri, Guan Eng menggunakan pelbagai helah malah menuding jari kepada UMNO kononnya isu ini adalah konspirasi UMNO untuk merosakkan imejnya sebagai Ketua Menteri.
“Bukan bermakna kita menggunakan apa yang menimpa anaknya sebagai senjata meraih undi tetapi rakyat mendesak dan mahukan kebenaran. Mudah sahaja, saman sekiranya perkara ini tidak betul. Biar rakyat tahu kebenaran,” katanya.
Sebelum ini, anak lelaki Guan Eng didakwa terlibat dengan masalah moral apabila dikatakan telah mencabul seorang rakan sekolahnya. Akibat daripada kejadian tersebut, Guan Eng telah menukarkan sekolah anaknya dan menyogok keluarga mangsa dengan wang berjumlah RM200 ribu.
Tetapi Guan Eng telah menafikan perkara ini dengan mengatakan anaknya bertukar sekolah kerana mahu membela rambut panjang.
Selepas itu, Guan Eng telah menukar kenyataannya yang tersiar di dalam salah sebuah akhbar berbahasa Cina kononnya pertukaran tersebut adalah kerana Guan Eng bimbang anak lelakinya akan terlibat dengan gejala dadah di kalangan pelajar.
Guan Eng sekali lagi menukar kenyataannya seperti yang disiarkan dalam portal pro pembangkang kononnya pertukaran tersebut kerana dia telah berjanji kepada akan menukar sekolah anaknya sekiranya dia mendapat keputusan sekurang-kurangnya 6A dalam PMR. -MediaUMNO
+ comments + 2 comments
haha...bodoh punya penjilat jubor najib..... dah sah2 gambar budak pompuan tu juara catur.. dan x pernah dtg malaysia.. bangang.....
woi bangang penjilat Guan eng ...tolong jawab mana satu yg betul pasal tukar sekolah cucu kit siang ni...
tukar kerana rambut panjanga ke dadah ?? kuat menipu betul guan eng celaka ni ..ingat rakyat bodoh ka !
Post a Comment