Headlines News :
Home » » Polis P.Pinang siasat insiden kekecohan rumah terbuka DAP

Polis P.Pinang siasat insiden kekecohan rumah terbuka DAP




GEORGE TOWN - Polis Pulau Pinang menubuhkan pasukan siasatan khas bagi mengenal pasti dalang yang cuba menimbulkan kekecohan di rumah terbuka Aidilfitri anjuran DAP negeri pada Rabu lepas. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri SAC Mazlan Kesah berkata polis sedang menjalankan siasatan menyeluruh melibatkan semua pihak dan telah memanggil beberapa orang saksi untuk memberi keterangan.

 "Kita akan lihat kes ini dari pelbagai pihak iaitu peniaga, Anggota Exco Kerajaan Negeri dan lain-lain aspek," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut kerana kes berkenaan masih dalam siasatan.

 Mazlan berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 9 (1) Akta perhimpunan Aman serta Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat sehingga menyebabkan kerosakan.

 Pada kejadian itu, sebanyak 20 peniaga kecil Padang Kota Lama berhimpun di perkarangan Balai Rakyat Jalan Patani, di sini yang menjadi lokasi sambutan majlis rumah terbuka Aidilfitri anjuran DAP negeri.

 Perhimpunan itu bagaimanapun bertukar kecoh apabila seorang Anggota Exco Kerajaan Negeri enggan memenuhi permintaan peniaga berkenaan untuk bertemu dengan mereka dan membincangkan masalah yang ditimbulkan. - Bernama
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger