Headlines News :
Home » » Guan Eng wujudkan sikap berpecah belah antara kaum

Guan Eng wujudkan sikap berpecah belah antara kaum



Ketua Menteri, Lim Guan Eng dinasihatkan supaya tidak mengikut amalan kepimpinan zaman British.

Pegawai Penyelidik Biro Penerangan Barisan Nasional (BN) negeri, David Yim Boon Leong berkata, ia gara-gara kenyataan yang dikeluarkan Ketua Menteri itu melalui satu ucapannya di sebuah sekolah Cina.

Menurutnya, Guan Eng didakwa cuba mewujudkan sikap berpecah belah melalui pengasingan membaca akhbar berbahasa Melayu.

“Dia memang ada membuat ucapan sedemikian rupa apabila berkata dia tidak akan mengeluarkan peruntukan kepada sekolah yang mahu melanggan akhbar Berita Harian dan juga Utusan, melainkan Sinar Harian sahaja.

“Walaupun nampak kecil, sebenarnya ia sesuatu yang berunsurkan perpecahan. Hanya pada zaman British sahaja mereka mengasingkan kaum Cina, India dan Melayu.

“Tetapi pada zaman kini, kita tidak boleh lagi berbuat sedemikian seperti British, ia bukanlah perpaduan sebaliknya hanya pengasingan dan perpecahan,” katanya.

Yim berkata, seharusnya sebagai ketua menteri, yang juga pemimpin utama di negeri itu perlu mempromosikan perpaduan antara kaum.

“Perkara seperti ini tidak sepatutnya terjadi kerana ia diumumkan secara terus terang kepada pelajar dan ibu bapa serta guru.

“Memang dalam ucapannya, nada Guan Eng seperti membuat lawak, tetapi bagi kami kenyataanya itu seperti satu ugutan apabila mereka (sekolah) hendak beli akhbar berkenaan tetapi dia tidak akan diberikan peruntukan,” katanya.
Share this post :

+ comments + 2 comments

Anonymous
April 12, 2012 at 12:32 PM

bangsat punya cina cibai ni...

ko pecah belahkan kaum ko tanggung la apa akibatnya nanti...

pejuang hamas...

Anonymous
April 13, 2012 at 12:09 PM

LGE is surely full of shit and he's gonna be in such a deep shit sooner or later!!!

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger