Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengadakan lawatan kerja ke Pulau Pinang 22 April ini.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, Perdana Menteri dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor bakal mengikuti jadual ketat semasa kunjungan sehari ke negeri ini.
Menurut beliau, antaranya Najib akan mengadakan perjumpaan dengan jentera BN dan melancarkan program Pusat Daerah Mengundi (PDM) di Bukit Jawi Golf Resort, dekat Nibong Tebal pada pukul 9.30 pagi.
Menurutnya, Najib kemudiannya beramah mesra dengan rakyat pada jamuan rakyat di Simpang Tiga, Nibong Tebal pada pukul 11 pagi.
"Perdana Menteri akan bertemu dengan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Universiti Sains Malaysia (USM) pada pukul 2.30 petang diikuti pertemuan dengan masyarakat Cina pada pukul 4 petang di tempat sama sebelum berangkat pulang ke Kuala Lumpur," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Post a Comment