Headlines News :
Home » , , » Seberang Perai kini kotor, bukti kegagalan MPSP di bawah pentadbiran kerajaan DAP

Seberang Perai kini kotor, bukti kegagalan MPSP di bawah pentadbiran kerajaan DAP



GEORGETOWN - Wakil rakyat Barisan Nasional (BN) hari ini meluahkan rasa kesal dengan kelemahan pentadbiran Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) yang didakwa punca daerah itu menjadi kawasan kotor.

Datuk Jahara Hamid (BN-Telok Ayer Tawar) ketika mencelah perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan dan Usul Anggaran Pembangunan 2012, berkata MPSP gagal menyelenggara dan mengganti tong sampah lama yang rosak di kawasan tersebut.

"Perkara itu perlu diberi perhatian kerana banyak tong sampah yang rosak, berlubang dan sampah yang berada di dalamnya terkeluar sehingga menyebabkan bau busuk serta menyakitkan pandangan mata, namun tiada tindakan diambil pihak berwajib.

"Kita difahamkan kerajaan negeri melalui MPSP memperuntukkan hanya sedikit wang saja bagi tujuan mengganti tong sampah lama ini dan kita mahu kerajaan negeri memberi penjelasan mengenainya," katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalu Lintas Chow Kon Yeow (DAP-Padang Kota) mengakui Kerajaan negeri mengeluarkan perbelanjaan terhad kepada MPSP untuk kerja-kerja pembersihan di kawasan Seberang Perai.

Chow berkata kerajaan negeri terpaksa melaksanakan konsep kontraktor pembersihan secara bersepadu berikutan kekurangan dana untuk menggantikan tong sampah.

"Kegagalan untuk menyediakan dana yang cukup bagi menggantikan tong sampah telah menyebabkan MPSP perlu membayar kira-kira setengah juta setiap bulan untuk kontraktor pembersihan," katanya.
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger