Headlines News :
Home » » Perhimpunan Agung UMNO 2011 pentas terbaik terangkan maksud " winable candidate"

Perhimpunan Agung UMNO 2011 pentas terbaik terangkan maksud " winable candidate"




Ahli-ahli UMNO perlu memahami definasi ‘winable candidate’ yang sering dinyatakan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai persediaan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang, kata Ketua Pusat Pembangunan Anak Bangsa (IMPAK) Prof. Datuk Dr. Abdul Halim Sidek.

Jelasnya, Perhimpunan Agung UMNO 2011 yang akan berlangsung pada 29 Nov – 3 Dis depan adalah ruang terbaik kepada anggota parti melalui persidangan para perwakilannya sebelum berdepan dengan cabaran getir pada PRU akan datang.

“Anggota parti di semua peringkat khususnya sokongan di akar umbi perlu arif dan maklum aspirasinya melalui penerangan dan barangkali para pebahasnya kerana ketidakjelasan makna tersebut boleh mengakibatkan keadaan menjadi huru-hara apatah lagi ramai yang mahu menjadi calon Barisan Nasional (BN),” katanya dalam temubual secara eksklusif dengan UMNO-Online.

Tambahnya, bayangan anggota parti yang mahu menawarkan diri tentunya ada apatah lagi Perdana Menteri pernah menyebut bahawa calon BN tidak semestinya mempunyai kedudukan atau jawatan tetapi sekiranya mereka adalah ‘winable candidate’ maka ia akan terpilih.

“Para perwakilan tentunya akan membahaskan harapan yang sangat besar anggota parti terhadap perjuangan bangsa dengan impian untuk meletakkan PRU-13 ini sebagai platform menebus maruah terhadap UMNO yang selama ini menjadi tulang belakang pentadbiran negara.

“Apatah lagi, manifesto BN itu sendiri tecetus daripada perbincangan masyarakat akar umbi yang barangkali dalam Perhimpunan Agung UMNO 2011 ini akan menjadi satu revolusi kebangkitan dan menyemarakkan semangat juang yang sebelumnya goyah ekoran hal-hal tertentu.”

Tegasnya, apa yang penting, Perhimpunan Agung UMNO ini juga adalah luahan hati akar umbi yang perlu dilayan sepenuhnya kerana kegagalan berbuat demikian akan mengundang musibah sebagaimana dalam PRU-12 lalu. – MediaUMNO
Share this post :

+ comments + 2 comments

November 30, 2011 at 9:35 AM

BN insyaAllah Cemerlang pada PRU-13 nnt. Allahualam

Anonymous
December 4, 2011 at 2:16 PM

Saya benci UMNO. Anything but UMNO.

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger