Headlines News :
Home » » Penduduk Mak Mandin Hijau risau banjir kilat luar biasa

Penduduk Mak Mandin Hijau risau banjir kilat luar biasa



Banjir kilat yang melanda 600 rumah di Kuala Kedah, Kedah menggamit rasa bimbang rakyat di negeri ini, khususnya di Seberang Perai Tengah.

Kira-kira 500 penduduk di Kampung Baru Malaysia dan Kampung Hijau Mak Mandin dilaporkan menghitung masa menunggu bah jika hujan lebat melanda di kawasan kediaman mereka yang begitu rendah selain tidak mempunyai sistem perparitan yang baik.

September lepas, dilaporkan, banjir kilat telahpun bertandang di kedua-dua kampung berkenaan.
Zaihan Mohayat, 48, berkata, banjir kilat pada September lepas membawa air masuk kerumahnya setinggi lutut.



 Pengerusi BPUNPP pernah  turun padang melawat kampung 
Mak Mandin Hijau


Kata penduduk Kampung Baru Malaysia berkenaan lagi, beliau bimbang bala itu berulang.

"Sebelum ini, hujan selama dua jam sudah cukup menyebabkan kampung dinaiki air, apatah lagi ramalan mengatakan hujan akan turut empat kali lebih lebat berbanding biasa.

"Walaupun ada longkang konkrit baru dibina berhampiran jalan, namun ia tidak mampu menampung lebihan air hujan seperti yang berlaku September lalu," ujarnya.

Nada yang sama turut disuarakan oleh seorang penduduk Rumah Hijau Mak Mandin, Samsudin Mat, 40-an antara lain berkata, keluarganya masih dibayangi bah besar empat tahun lepas.

Menurut beliau, pembinaan jalan baru yang menghubungkan Jalan Raja Udah sejak Ogos lepas mengakibatkan keadan kian buruk di kawasan yang didiaminya.

Ini kerana katanya, Rumah Hijau Mak Mandin seakan terkepung yang sekaligus mengundang banjir kilat.

"Walaupun kami ditawarkan rumah Flat Ampang Jajar, namun kami enggan berpindah. Kami berharap pihak berkaitan membantu menangani masalah banjir kilat di kampung ini," katanya.

Tambahnya, kawasan kilang berhampiran turut berdepan masalah banjir kilat yang sama sehingga menjejaskan operasi mereka.

"Sistem saliran sekitar Mak Mandin perlu dikaji semula kerana longkang atau parit sedia ada tidak mampu menampung lebihan air hujan," katanya.
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger