Headlines News :
Home » » ZAHID HAMIDI ZIARAH KELUARGA ANGGOTA POLIS TERKORBAN OPS CANTAS KHAS

ZAHID HAMIDI ZIARAH KELUARGA ANGGOTA POLIS TERKORBAN OPS CANTAS KHAS




GEORGETOWN: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin pihak polis mampu menahan penjenayah yang disyaki dalam Ops Cantas meskipun mereka berada di luar negara. 

Beliau berkata, ini berikutan kerjasama yang terjalin dengan polis antarabangsa (INTERPOL) yang membolehkan pihaknya terus memperoleh maklumat bagi mematahkan tindakan individu disyaki terbabit dengan kegiatan jenayah dalam Ops Cantas. 

"Jika mereka balik atau sekalipun tidak balik, Interpol akan membantu kami untuk menangkap, menahan dan kami akan mengambil tindakan undang-undang sebagaimana yang diperuntukkan," katanya. 


Ahmad Zahid, yang sekali lagi menolak dakwaan Ops Cantas akan dihentikan pada 19 Oktober ini, berkata operasi itu tidak ada garis penamat selagi penjenayah berat tidak dibanteras. 

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan tunai kepada keluarga Allahyarham Kopral Zal-Azri Abdul Somad yang terkorban ketika menjalankan tugas di Melaka, Isnin lalu. 

Ahmad Zahid turut menyertai majlis tahlil sebelum meluangkan masa kira-kira 20 minit bertemu ibu Allahyarham iaitu Zaiton Ismail, 54, serta balu Zal-Azri, Atiqah Mohd Rosdi, 30, dan dua anak pasangan itu, Mohamad Habibullah, 4, dan Mohamad Atiqullah, lima bulan. - BERNAMA 
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger