Headlines News :
Home » » GUAN ENG DAKWA TANDA PUTERA UNTUK MENJATUHKAN DAP

GUAN ENG DAKWA TANDA PUTERA UNTUK MENJATUHKAN DAP




 Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menuduh filem Tanda Putera yang ditayangkan pawangan sekarang ini adalah strategi kedua untuk menghancurkan parti itu.
Kerajaan Barisan Nasional dituduh beliau sengaja menayangkan filem itu untuk membangkitkan isu perkauman terutamanya babak seorang pelakon tambahan daripada pejabat bekas Menteri Besar Selangor semasa kejadian 13 Mei itu.
“Pengarah filem ini mengakui, ia semata-mata sebuah tayangan wayang gambar biasa, tetapi penggambaran itu ditaja oleh kerajaan dan ini menunjukkan BN mahu menimbulkan semangat perkauman,” ujarnya.
Dakwaan Guan Eng itu dilaporkan dalam akhbar Sin Chew Daily bertarikh 26 Ogos 2013 yang turut dipetik Utusan Malaysia.
Guan Eng turut mendakwa BN telah mengatur beberapa strategi untuk menghancurkan DAP setelah mendapat undi rendah daripada kaum Cina dalam Pilihanraya Umum ke-13 (PRU 13).
Strategi pertama dakwa Guan Eng adalah mewujudkan penentangan terhadap ketua dari dalam DAP.
Ia merujuk terhadap pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu pada 29 September ini.
“Kita risau ada sesetengah orang, di luarannya seperti memakai logo dan lencana DAP, tetapi jiwa mereka bersama Barisan Nasional (BN).
““Ini termasuk orang-orang yang membuat aduan kepada pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS),” katanya.
Menurutnya, serangan paling hebat terhadap DAP itu telah menyebabkan parti itu dipaksa ‘menelan bangkai kucing’.
“DAP tidak boleh ambil risiko dan perlu mengadakan pemilihan sekali lagi untuk selamatkan parti. Isu yang lain-lain pula, perlu diselesaikan satu persatu.
““Bagi mengalihkan pandangan ramai terhadap perkara ini, maka dipergunakan taktik politik dan salah satunya melalui ROS yang mengeluarkan arahan tidak wajar dan tidak patut agar DAP mengadakan pemilihan sekali lagi, untuk menghancurkan parti itu,” katanya.
Beliau berkata, perjuangan DAP selama 40 tahun tidak mudah untuk dihapuskan dan sehubungan itu menyeru semua perwakilan di seluruh negara agar bersungguh-sungguh tampil pada pemilihan semula itu untuk ‘menyelamatkan parti’.
Tambah beliau, langkah dan taktik ketiga BN adalah melaksanakan pendidikan satu aliran dengan tujuan dan matlamat terakhir mereka ialah mahu menghapuskan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger