Headlines News :
Home » , , » Guan Eng jangan berdolak dalih , jawab isu anaknya ini - Shaik Hussein

Guan Eng jangan berdolak dalih , jawab isu anaknya ini - Shaik Hussein



PULAU PINANG, 18 Okt – Imej Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng terus tercalar apabila kali ini kecoh mengenai kontroversi anak lelakinya yang dikatakan telah mencabul rakan sekolahnya. Bagi menutup mulut semua pihak, keluarga mangsa telah disogok dengan wang berjumlah RM200 ribu. Anak lelaki Guan Eng pula ditukar ke sekolah lagi.


Mengulas perkara tersebut Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Ir Shaik Hussein Mydin berkata walaupun perkara ini tiada bukti sahih namun selaku Ketua Menteri, Guan Eng perlu menjawab isu ini demi memulihkan imejnya.

Katanya, sebelum ini Guan Eng amat terkenal dengan sikap suka menyaman sesiapa sahaja yang tidak menyokong tindakannya tetapi apabila kontroversi ini ditimbulkan, Guan Eng terus mengelak dari memberikan jawapan.

“Guan Eng harus menjawab adakah benar anaknya telah ditukarkan sekolah dan mengapa?

“Kalau dia tidak bersalah mengapa harus takut untuk menegakkan kebenaran. Ini bukan soal menjawab isu yang ditimbulkan oleh UMNO seperti dakwaannya tetapi dia perlu menjawab demi keyakinan rakyat. Penjelasan perlu dibuat dan jangan menuding jari kepada UMNO apabila isu ini tersebar kerana yang pasti UMNO tidak ada kena mengena. Bukan UMNO yang mengarahkan anaknya mencabul,” ujarnya kepada media UMNO, di sini, hari ini.

Sekiranya Guan Eng enggan memberikan sebarang penjelasan dan terus mengelak tambahnya masyarakat akan menganggap bahawa dakwaan tersebut adalah benar.

“Perkara ini melibatkan soal moral dan maruah diri. Saya amat risau mengenai perkara ini kerana sekiranya benar, Guan dilihat telah menggunakan duit untuk menyelesaikan masalah dan mungkin, saya kata mungkin ini bukan pertama kali dia menggunakan cara ini untuk menyelesaikan sebarang masalah.

“Saya lihat, pakatan pembangkang sering dilanda masalah moral. Sebelum ini Mat Sabu dengan kes khalwatnya, Anwar Ibrahim dengan kes liwat, beberapa ADUN Pas turut dikaitkan dengan kes khalwat dan kini anak Guan Eng pula terlibat dengan masalah cabul. Ini menunjukkan pakatan pembangkang adalah sebuah parti yang penuh masalah dan tidak boleh diharapkan untuk membela nasib rakyat,” jelasnya lagi.

Anak lelaki Guan Eng yang berusia 16 tahun baru-baru ini didakwa telah meramas payudara rakan sekelasnya.

Ekoran kejadian tersebut, dia yang sebelum ini bersekolah di Sekolah Cina Heng Eee dikatakan telah ditukarkan ke Sekolah St Xavier’s Institution.

Guan Eng pula didakwa telah membayar pampasan sebanyak RM200 ribu kepada keluarga mangsa sebagai bayaran menutup mulut.

Namun, sehingga kini masih tiada sebarang bukti mengenai dakwaan ini. Guan Eng yang terus didesak oleh wartawan untuk mejawab kontroversi ini terus mengelak dari memberikan sebarang jawapan.

Semalam, dalam sidang medianya, Guan Eng menjelaskan dia tidak perlu menjawab semua provokasi yang ditimbulkan oleh UMNO kerana dia mempunyai tanggungjawab yang lebih penting daripada melayan isu remeh ini. -MediaUMNO
Share this post :

+ comments + 3 comments

Anonymous
October 20, 2011 at 1:22 AM

KALAU BARUA NI DIAM AKU KIRA ANAK DIA MEME BUAT LA...

PEJUANG HAMAS...

praha2
October 20, 2011 at 3:54 PM

eden terbaca disatu blog yang mengatokan lge telah menuduh sekolah ni ado gejalo dadah. itu sobabnyo ditukarkan anak nyo. ini diterbitkan oilh ahkbar cino. sayu lagi peombohongan dari lge. semalam dio kato disiplin ni lain tune pulo. eden toringat kato kato mat saleh"you have to tell 100 lies to cover up 1 lie" eden tak tau nak terjemah kan kebahasa melayu. tapi hakikatnyo itu lah. kalo oran melayu yang ado dalam dap tak buko jo mato macam siazis dan anka arwah kihr tu eden tak tahu nak cakaplah. oran macam ni nak jadi PM mampus malaysia. hai oran PP buko mata lah hang ditipu olih pak penipu bosar.

Anonymous
October 20, 2011 at 4:42 PM

setuju dengan praha2. demi menang balik PP boleh lakukan kerja2 kotor dibelakang. jika BN bergitu berjasa, pasai pa peluru pakatan dapat menang PP? jika perkara ni berlaku berterusan bila la malaysia ni nak berjaya? fikirkan la. kalau tak malaysia ni akan mampus tak lama lagi.

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger