Headlines News :
Home » » WANITA UMNO BIDAS KHAIRUDIN SERANG UMNO NEGERI GUNA PORTAL PEMBANGKANG

WANITA UMNO BIDAS KHAIRUDIN SERANG UMNO NEGERI GUNA PORTAL PEMBANGKANG



Wanita Umno bahagian Nibong Tebal kesal dengan tindakan Naib Ketua Umno bahagian Batu Kawan, Datuk Khairuddin Abu Hassan yang menggunakan “media pembangkang” untuk menyerang Umno negeri.

Ahkbar Utusan Malaysia melaporkan, Ketuanya, Sopiah Sharif berkata, tindakan Khairuddin menyerang Umno negeri dengan pelbagai tohmahan itu boleh diselesaikan secara baik dengan Badan Perhubungan Umno negeri itu.

Malah, katanya, tindakan Khairuddin (kanan) itu juga menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan ahli Umno yang tidak mahu hal dalaman parti dijaja kepada pihak luar.

"Kita tidak berpuas hati dengan kenyataan Khairuddin yang menggunakan media pembangkang sedangkan dia boleh membuat kenyataan menerusi saluran yang bersesuaian dengan Umno," beliau dipetik sebagai berkata.

Justeru, Sopiah berkata, beliau menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap Khairuddin yang dilihat membawa imej buruk kepada Umno, lapor akhbar Umno itu.

Dalam wawancara bersama Malaysiakini minggu lalu, Khairuddin memberi amaran yang BN mungkin berhadapan dengan kalah lebih teruk dalam pilihan raya akan datang.

Ini kerana pemimpin negeri yang dipilih Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melantik pemimpin-pemimpin yang "tidur".

Malah, Khairuddin secara terbuka turut menggesa agar Pengerusi Umno Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman ditukar.
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger