UMNO Pulau Pinang tidak pernah 'tidur' seperti yang didakwa oleh Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Khairuddin Abu Hassan baru-baru ini.
Sebaliknya, Ketua Wanita UMNO negeri, Norliza Abdul Rahim berkata, UMNO negeri sentiasa mengadakan program termasuk di peringkat akar umbi dengan memberikan fokus di peringkat negeri dan bahagian.
Beliau berkata, pihaknya mengadakan aktiviti dan setiap masalah yang dikemukakan oleh bahagian diberikan perhatian.
“Sepatutnya jika dia (Khairuddin) mendapati kepimpinan UMNO kurang efisien, dia boleh mengemukakan cadangan di peringkat negeri dan bahagian untuk tindakan selanjutnya.
“Saya tidak faham kenapa dia menuduh UMNO negeri sebegitu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas kenyataan Khairuddin yang disiarkan portal pembangkang mendakwa pemimpin UMNO negeri 'tidur' serta berbeza dengan pakatan pembangkang yang begitu serius melaksanakan pelbagai kerja selepas Pilihan Raya Umum Ke-13.
Norliza berkata, UMNO negeri sedang memberi fokus kepada 13 bahagian di negeri itu dan dakwaannya tersebut adalah tidak wajar.
“Sebagai pemimpin beliau sepatutnya memberi sokongan kepada pucuk pimpinan UMNO negeri dan bukannya membuat kenyataan sebegitu terhadap kepemimpinan parti negeri,” ujarnya.
+ comments + 2 comments
Memang banyak program yg diadakan olih Umno P.Pinang untuk ahli-ahli akar umbi.... program senamrobik adalah dan juga program-program yg bersifat standard seperti bantuan persekolahan (hanya kroni Ketua Cawangan yg dapat) dan gunting rambut di hujung tahun. Kalau program-program seperti majlis makan malam, program keusahawanan dan sumbangan, jangan haraplah ahli-ahli Umno yg bukan kroni Ketua Cawangan dapat menghadirinya. Semuanya di lakukan secara senyap-senyap..... teruskan usaha mu Datuk Khairudin untuk memperbetulkan kepincangan ini semua... syabas!!!
Ada ketua bahagian yg pegang jawatan terlalu lama hingga berlubang kerusi yg didudukinya. Syabas Datuk Khairudin. Teruskan bersuara !!!!!!!!!!!!!!!!!
Post a Comment