Yee Cheu berkata, cadangan yang dikemukakan itu tidak ‘merujuk’ kepada pemimpin tertentu sebaliknya perlu dilihat secara umum.
Katanya, beliau telah membangkitkan perkara berkenaan pada tempat dan masa yang sesuai dan sehubungan itu ia tidak perlu dija­dikan isu.

“Saya tidak kisah jika tidak dicalonkan oleh parti dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang kerana telah bercakap soal demokrasi.

“Ini termasuklah memberi peluang kepada pe­mim­pin lain termasuk wa­nita untuk menjadi Ketua Menteri,” katanya ketika ditemui pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini hari ini.

Semalam beliau membuat cadangan supaya ja­watan berkenaan dihadkan kepada dua penggal sahaja yang mendapat sokongan Ketua Pembangkang, Datuk Jahara Hamid dan Yap Soo Huey (DAP- Pulau Tikus).

Bagaimanapun cadangan itu dibantah Setiausaha Politik Guan Eng, Wong Hon Wai (DAP-Air Hitam) dan Pengerusi Jawatankuasa Ke­bajikan, Masyarakat Pe­nyayang dan Alam Sekitar negeri, Phee Boon Poh.

Ditanya berhubung ma­sa depannya selepas membuat kenyataan itu, Yee Cheu berkata, beliau tidak takut dan menyerahkan nasibnya kepada parti.

“Saya tidak membuat serangan peribadi kepada pemim­pin tertentu,” katanya.
Ketika ini, Guan Eng menyandang jawatan berkenaan bagi penggal kedua selepas DAP berjaya mempertahankan negeri ini dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 lalu.