Headlines News :
Home » » 5 NGO TANJONG TOKONG SOKONG ISZUREE LANTANG TEGUR KERAJAAN DAP

5 NGO TANJONG TOKONG SOKONG ISZUREE LANTANG TEGUR KERAJAAN DAP



PULAU PINANG 12 Okt. - Sebanyak lima pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili penduduk di Tanjong Tokong dekat sini, menyatakan sokongan terhadap Bendahari Pas negeri, Iszuree Ibrahim yang berdepan kontroversi berhubung kedudukannya dalam Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).

Lima NGO itu adalah Persatuan Penduduk Kampung Tanjong Tokong, Persatuan Belia Wira Tanjong, Madrasah Al Taqwa Tanjong Tokong, Koperasi Setia Muafakat Tanjong Tokong dan Persekutuan Setia Tanjong Tokong.

Pengerusi Persatuan Penduduk Kampung Tanjong Tokong, Mohd. Salleh Yahaya berkata, mereka bersimpati dengan Iszuree yang dikenakan tindakan hanya kerana kelantangannya menegur polisi kerajaan negeri.

Lebih tidak adil, menurut beliau, apa yang dibangkitkan Iszuree itu adalah dilema serta permasalahan sebenar yang dialami penduduk di negeri ini khususnya orang Melayu termasuk penduduk di Tanjong Tokong sendiri yang menunggu masa dihalau bagi memberi laluan kepada projek pembangunan.

"Iszuree adalah individu yang bersama-sama dalam perjuangan mempertahankan Kampung Tanjong Tokong sebagai kampung warisan dan apa yang dibangkitkan beliau dalam Muktamar Pas baru-baru ini juga adalah berkenaan usaha mempertahankan kampung warisan yang masih wujud di negeri ini.

"Sepatutnya kerajaan negeri memberi maklum balas kepada perkara yang dibangkitkan beliau iaitu mengapa warisan penduduk asal di negeri ini dinafikan sedangkan warisan kolonial di Georgetown dipelihara?" katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Rabu lalu, ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri mengambil ketetapan mengekalkan Iszuree sebagai ahli Majlis MPPP namun digugurkan daripada menganggotai mana-mana jawatankuasa kecil MPPP.

Malah, peruntukan beliau juga dibekukan dan disalur kepada ahli majlis daripada Pas, Mohd. Nasir Yahya serta diurus oleh Badan Perhubungan Pas Pulau negeri.

Dalam pada itu, Mohd. Salleh berkata, penduduk di negeri ini juga kecewa dengan pentadbiran kerajaan negeri yang sehingga kini tidak mewartakan kampung warisan yang berumur lebih 100 tahun.

Menurut beliau, usaha itu seharusnya dibuat lebih awal sekali gus dapat menyelamatkan lebih banyak penempatan lama daripada dikorbankan semata-mata untuk tujuan pembangunan.


Share this post :

+ comments + 1 comments

Anonymous
October 12, 2014 at 1:13 PM

Kerajaan DAP Pulau Pinang menghalau Bangsa Melayu secara sistematik seperti kerajaan PAP Singapura.

Siapa tengok persembahan pancaragam tentera Singapura di Stadium Merdeka semalam sempena acara Tattoo KL? Dah jadi macam persembahan pancaragam dari negara China!!! Dengan gendang cina, kipas cina, penari2 cina dan pakaian2 ala cina. Mereka seolah olah nak menunjuk kepada penonton2 di Malaysia bahawa Singapura sekarang sememangnya sebuah negara CINA...tidak perlu menjaga hati bangsa Melayu seperti semasa mereka awal2 merdeka dulu.

BUKAK MATA tu, wahai Melayu!!!!

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger