Headlines News :
Home » » JANGAN SALAHGUNA WANG RAKYAT UNTUK PERTUBUHAN HARAM PPS - REEZAL

JANGAN SALAHGUNA WANG RAKYAT UNTUK PERTUBUHAN HARAM PPS - REEZAL



KEPALA BATAS - Tidak wajar menggunakan duit rakyat untuk membiayai operasi pertubuhan haram yang menyalahi undang-undang negara sejak beberapa tahun lalu.

Timbalan Pengerusi Umno Pulau Pinang, Datuk Seri Rezal Merican Naina Merican berkata, tindakan kerajaan negeri menyalurkan peruntukan tahunan sebanyak RM1.5 juta kepada pasukan peronda Sukarela (PPS) adalah membazir dan merugikan rakyat.

Sebaliknya peruntukan itu wajar disalurkan untuk tujuan lain yang membawa kebaikan atau manfaat kepada rakyat jelata.

“Adakah tindakan itu wajar dengan menyaluarkan kepada pertubuhan tidak sah dari segi undang-undang. Sepatutnya kerajaan negeri menghormatinya dan bukan berlagak seperti samseng jalanan.

“Difahamkan, ada ahli PPS yang mempunyai rekod jenayah lampau. Pengambilannya juga tidak melalui proses semakan untuk mengetahui latar belakang setiap ahli agar bebas dari sebarang rekod jenayah,” katanya kepada media selepas perasmian mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Kepala Batas di sini semalam.  

Beliau yang juga Ketua Umno Bahagian Kepala Batas berkata, kegiatan PPS perlu dibendung segera kerana ia boleh mengancam keselamatan orang ramai dengan keahliannya kira-kira 10,000 orang.

“Ada aduan bahawa ahli PPS bertindak seolah-olah mereka adalah polis. Ini amat bahaya kerana ada yang memukul dan mengugut orang ramai sesuka hati seolah-olah undang-undang adalah bawah genggaman mereka,” katanya.

Reezal Merican juga menganggap cabaran Ketua Menteri, Lim Guan Eng untuk berhadapan dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar jika mengambil tindakan terhadap ahli PPS sebagai melampau dan tidak mencerminkan kewibawaannya sebagai pemimpin atasan negeri.    

“Kami menyokong penuh tindakan yang akan diambil polis terhadap ahli PPS yang sememangnya bergerak secara haram dan tidak mematuhi undang-undang negara.

“Ahli Umno, khususnya dari Kepala Batas menyokong tindakan polis dan akan berdiri teguh bersama mereka untuk membanteras operasi haram ahli PPS yang mula menggunakan unsur-unsur keganasan,” katanya.
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger