Headlines News :
Home » » PESTA BOGEL : TAMAN NEGARA PP TIADA KENA MENGENA DENGAN KERAJAAN DAP - GUAN ENG

PESTA BOGEL : TAMAN NEGARA PP TIADA KENA MENGENA DENGAN KERAJAAN DAP - GUAN ENG




Georgetown: “Hari ini (semalam) kejadian pesta sukan bogel mendapat liputan meluas media termasuk menjadi bahan berita di muka hadapan. Nampaknya semua orang sangat ‘berminat’ dengan apa saja yang berlaku di Pulau Pinang.
“Ia bukan kes pertama, di Malaysia, ada beberapa kes sama pernah berlaku seperti di Perak, Mersing (Johor) dan Terengganu, namun ia tidak diberi publisiti meluas.
Tapi apabila berlaku di Pulau Pinang ia keluar muka hadapan (akhbar),” kata Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, semalam. Seperti dijangka, Kerajaan negeri semalam, mengambil sikap lepas tangan berhubung isu video ‘Sukan Bogel Pulau Pinang 2014’ di Teluk Bahang dan menyalahkan pihak lain.

 Guan Eng berkata, kejadian itu berlaku di Taman Negara Pulau Pinang (TNPP) dan kawasan berkenaan di bawah kendalian Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar serta tidak ada kena-mengena dengan kerajaan negeri atau pihak berkuasa tempatan (PBT).

 Malah, beliau turut melahirkan rasa tidak puas hati kerana media menjadikan isu berkenaan sebagai bahan berita utama sedangkan perkara seumpama itu pernah berlaku di negeri lain sebelum ini, namun ia tidak diberi liputan meluas.

 Guan Eng berkata, beliau belum lagi menonton rakaman video berkenaan, tetapi difahamkan penganjuran pesta sukan bogel itu turut mendapat bantuan renjer yang bertugas pada hari kejadian.

 “Saya belum tonton (rakaman video), tetapi saya difahamkan ada seorang individu dalam latar belakang yang kurang jelas disyaki renjer bertugas turut membantu kumpulan peserta pesta sukan berkenaan.


 “Kita terkejut kerana peserta ini mendapat bantuan daripada renjer termasuk membantu menuang minyak tanah untuk menghidupkan api di waktu malam. Kita harap siasatan dapat dijalankan termasuk mengenal pasti renjer yang bertugas pada hari kejadian,” katanya pada sidang media di KOMTAR, semalam.

 Ditanya sama ada TNPP sudah mengenal pasti identiti renjer berkenaan, Guan Eng berkata, pengurusan taman negara terpaksa membuat siasatan terlebih dulu dengan mengenal pasti tarikh kejadian berkenaan.
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger