KUALA LUMPUR: Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob hari ini membatalkan kad kredit bank HSBC miliknya sebagai tanda protes terhadap tindakan bank tersebut yang menutup akaun milik pertubuhan-pertubuhan Islam yang menyokong Palestin, menurutnya seperti yang tersiar di akaun Facebook miliknya.
Foto Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu yang sedang memotong kad kredit itu dipaparkan di laman sosial Facebook.
Surat permohonan pembatalan tersebut dihantar kepada Ketua Pegawai Eksekutif HSBC Mukhtar Malik Hussein bertarikh 7 Ogos.
Post a Comment