Headlines News :
Home » » GUAN ENG PERLU JAWAB DAKWAAN PROJEK TEROWONG BUKAN SAMAN - MCA

GUAN ENG PERLU JAWAB DAKWAAN PROJEK TEROWONG BUKAN SAMAN - MCA




GEORGETOWN - Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng perlu menghadapi dakwaan dan memberi penjelasan berhubung projek terowong dasar laut di negeri itu, kata Pengerusi Biro Perkhidmatan Awam dan Aduan MCA, Jason Teoh Sew Hock.
   
Beliau berkata, Guan Eng seolah-olah takut selepas anggota Jawatankuasa Pas Pusat, Nasruddin Hassan menuduh beliau membuat rundingan terus berkaitan projek berkenaan.
   
Sebagai ketua kerajaan negeri, Guan Eng perlu membuktikan kebenarannya dengan memberi fakta dan bukan bersikap negatif mengancam untuk menyaman orang lain, katanya menerusi satu kenyataan.
   
"Sementara Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim rela untuk disiasat berhubung keputusannya meluluskan projek Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex), Lim Guan Eng pula bertindak sebaliknya.
   
"Keputusannya untuk mempertahankan dirinya dalam sidang akhbar tanpa kehadiran pemimpin Pakatan Rakyat yang lain, tidak begitu menyakinkan," katanya.
   
Teoh berkata, oleh kerana Nasruddin yang juga Ahli Parlimen Temerloh begitu yakin mempersoalkan penglibatan Lim dalam projek bernilai RM3.6 bilion itu, beliau tentu mempunyai asas untuk berbuat demikian.  - Bernama
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger