Headlines News :
Home » » 2.4 JUTA PENGGUNA MENGGUNAKAN JAMBATAN SULTAN ABD HALIM - JKSB

2.4 JUTA PENGGUNA MENGGUNAKAN JAMBATAN SULTAN ABD HALIM - JKSB



BATU KAWAN - Sebanyak 2,401,243 kenderaan menggunakan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (JSAHMS) sejak ia dibuka  kepada orang ramai Mac lepas sehingga 31 Julai, kata Pengarah Urusan Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) Datuk Ir Dr Ismail Mohamed Taib.
    
Beliau berkata sepanjang tempoh sama, pihaknya mengutip tol lebih RM8 juta.
    
"Pada dasarnya, kami berbangga dengan jumlah pengguna yang menggunakan  JSAHMS kerana ia telah mencapai 50 peratus pengguna dan 60 peratus jumlah kutipan tol daripada sasaran awal.
    
"Selain itu, kami turut menyasarkan 20,000 pengguna jambatan dalam masa sehari memandangkan jumlah terkini yang dicapai ialah 12,000 kenderaan," katanya kepada pemberita selepas sidang akhbar pertandingan fotografi JSAHMS, di sini hari ini.
    
Jambatan terpanjang di Asia Tenggara itu dibangunkan kerajaan persekutuan dengan kos keseluruhan kira-kira RM4.5 bilion yang meng­hubungkan kawasan Batu Kawan di bahagian Seberang Prai dengan Batu Maung di bahagian pulau.
    
Ismail berkata setakat ini pihaknya tidak bercadang memberikan diskaun tol 20 peratus kepada penduduk Pulau Pinang yang menggunakan JSAHMS seperti yang ditawarkan Jambatan Pulau Pinang. - Bernama
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger