Headlines News :
Home » » KERAJAAN PUSAT AGIH RM1000 KEPADA SELURUH MASJID P.PINANG - ZAINAL ABIDIN

KERAJAAN PUSAT AGIH RM1000 KEPADA SELURUH MASJID P.PINANG - ZAINAL ABIDIN




NIBONG TEBAL - Kerajaan pusat memperuntukkan RM212,000 untuk diagihkan kepada 212 buah masjid di negeri ini sempena bulan Ramadan.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman berkata sumbangan itu adalah bagi membolehkan pengurusan masjid mengadakan jamuan moreh selepas solat tarawih.

Katanya usaha itu telah digerakkan kerajaan pusat sejak tahun 2008. "Kerajaan pusat tidak pernah meminggirkan masjid di negeri ini walaupun berada di bawah pentadbiran Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) yang seharusnya memberi sumbangan berkenaan.

"Kita mahu aktiviti di masjid ketika bulan Ramadan terus berlangsung dan dalam masa sama membantu mereka yang kurang bernasib baik. Saya percaya pihak persendirian turut akan menghulurkan bantuan kepada masjid,"  katanya kepada

pemberita selepas merasmikan program Pusat Transformasi Komuniti Bergerak anjuran Kementerian Kewangan di sini hari ini.

Yang turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Farizan Darus dan Timbalan Pengarah Kanan Unit Strategi Nasional Kementerian Kewangan Abdullah Suhaimin Md Yunus.

Sempena program Pusat Transformasi Komuniti itu, pelbagai kaunter disediakan seperti kaunter pendaftaran membeli rumah, penggantian MyKad, kemas kini lesen memandu dan pasport serta kaunter penerangan pinjaman kewangan untuk perniagaan.    

Selain itu pelbagai aktiviti menarik seperti pertandingan futsal, mewarna dan menghasilkan produk kraftangan turut diadakan. - Bernama
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger