Headlines News :
Home » » PCM KECEWA GAGAL FAILKAN PETISYEN KERANA SUDAH TAMAT TEMPOH

PCM KECEWA GAGAL FAILKAN PETISYEN KERANA SUDAH TAMAT TEMPOH




GEORGETOWN - Hasrat calon Parti Cinta Malaysia (PCM) untuk menfailkan petisyen PRK Bukit Gelugor tidak kesampaian apabila dimaklumkan tarikh untuknya berbuat demikan tamat pertengahan bulan lalu.

Datuk Huan Cheng Guan yang juga Timbalan Presiden PCM melahirkan rasa kesal kerana tidak dimaklumkan mengenai pewartaan keputusan PRK Bukit Gelugor yang dibuat dua hari selepas tarikh keputusannya diumumkan.

"Amalan yang dilakukan sebelum ini pewartaan keputusan pilihan raya akan dibuat sebulan selepas tarikh keputusannya diketahui. Namun bagi PRK Parlimen Bukit Gelugor keputusan itu diwartakan terlalu cepat iaitu dua hari selepas keputusan diumumkan.

"Minggu lalu saya bertanya perkara ini (pewartaan keputusan) kepada seorang pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) namun memaklumkan tidak pasti. Tetapi apabila saya menyemak di laman web Pejabat Peguam Negara saya lihat keputusan itu sudah diwartakan,"katanya pada sidang media di sini hari ini.

Menurutnya, beliau sudah menyediakan laporan dan bukti lengkap untuk mengemukakan petisyen namun semua persiapan itu hanya sia-sia.

Sehubungan itu, SPR diminta mengkaji semula prosedur operasi standard (SOP) dan menetapkan satu jangka masa bagi membolehkan calon bertanding mengemukakan petisyen.

Cheng Guan berkata, SPR perlu menetapkan tiga minggu atau sebulan selepas pilihan raya diadakan untuk calon bertanding mengemukakan petisyen tanpa perlu menunggu keputusan diwartakan.   

Dalam PRK Parlimen Bukit Gelugur 25 Mei lalu, calon DAP, Ramkarpal Singh memperolehi 41,242 undi menewaskan Cheng Guan yang mendapat 3,583 undi serta dua calon bebas iaitu Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar 799 undi dan Abu Backer Sidek Mohamad Zan 225 undi.

Sementara itu, pemangku Pengarah SPR negeri, Azizal Ahmad ketika dihubungi mengesahkan keputusan PRK Parlimen Bukit Gelugor diwartakan pada 28 Mei lalu.

Azizal berkata, pihaknya juga menghantar surat bagi memaklumkan perkara itu kepada semua calon bertanding pada 3 Jun lalu.
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger