BUTTERWORTH 7 April - Golongan bumiputera di negeri ini kini berpeluang mendapat pembiayaan sehingga RM200,000 untuk membeli rumah kos rendah dan sederhana rendah melalui Tabung Perumahan Bumiputera yang diuruskan Bank Persatuan.
Majlis pelancaran tabung berjumlah RM14.5 juta itu disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Kumpulan Sasar Perumahan dan Hartanah Bumiputera Pulau Pinang, Datuk Jahara Hamid di sini hari ini.
Melalui tabung yang diperkenalkan sejak 2012 itu, golongan bumiputera berpendapatan isi rumah di bawah RM5,000 berpeluang mendapat pembiayaan sehingga 30 tahun untuk membeli rumah dengan kadar keuntungan sebanyak empat peratus.
Jahara berkata, sejak diperkenalkan dua tahun lalu dengan dana permualaan sebanyak RM5 juta, sebanyak 36 pemohon berjaya mendapat pembiayaan dan memiliki rumah idaman mereka.
Menurutnya, syarat pembiayaan itu tidak seketat bank komersial lain namun peminjam yang berjaya tidak boleh menjual rumah itu dalam tempoh 10 tahun dan harus mendiami sendiri rumah tersebut.
"Tabung ini diwujudkan untuk memberi peluang kepada golongan bumiputera berpendapatan rendah memiliki rumah sendiri.
"Syarat yang dikenakan tidak seketat bank komersial lain malah peminjam boleh membuat pinjaman secara dua generasi dengan umur maksimum 75 tahun,"katanya pada majlis yang turut dihadiri Pengerusi Bank Persatuan, Datuk Yusra Sabar.
Tambah Jahara, pada awal pelancarannya hanya beberapa pemaju berdaftar sahaja terlibat dengan pembiayaan tabung itu, namun kini jumlahnya semakin bertambah.
Selain itu, katanya, beberapa projek di bawah agensi seperti JKP Sdn. Bhd., UDA Berhad dan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) telah meluluskan pembiayaan menerusi tabung tersebut.
"Mereka yang berminat untuk mendapat pembiayaan menerusi tabung ini boleh mendapatkan borang permohonan di semua cawangan Bank Persatuan di Butterworth, Kepala Batas, Bayan Baru dan Nibong Tebal.
"Jadi saya berharap golongan bumiputera tidak melepaskan peluang untuk menikmati pembiayaan istimewa daripada kerajaan ini khas untuk mereka memiliki rumah sendiri," katanya - UM
Bracelet Gold 916 – Beauty and Durability Combined
-
Gold jewelry has always held a special place in the hearts of many, and
bracelet gold 916 is no exception. Combining timeless elegance with
exceptional d...
7 hours ago
Post a Comment