Headlines News :
Home » » PEMUDA UMNO P.PINANG TERKILAN KENYATAAN TAK BERPERIKEMANUSIAAN ADUN PKR SEBERANG JAYA

PEMUDA UMNO P.PINANG TERKILAN KENYATAAN TAK BERPERIKEMANUSIAAN ADUN PKR SEBERANG JAYA




KENYATAAN MEDIA PERGERAKAN PEMUDA UMNO NEGERI PULAU PINANG BERKAITAN KENYATAAN DR AFIF BAHARDIN, ADUN SEBERANG JAYA DI LAMAN TWITTER

Pergerakan Pemuda UMNO negeri cukup terkilan dan sedih diatas kenyataan yang tidak berperikemanusiaan oleh Afif Bahardin.

Ayat "penjenayah bunuh polis itu' pemuda mengandaikan ianya merujuk kepada pembunuhan Koperal Raja Aizam di Klang semalam. Kenyataan ini tidak wajar dikeluarkan oleh seorang Exco kerajaan negeri, ADUN dan yang lebih penting saudara seislam. Kita perlu lebih sensitif dalam mengeluarkan kenyataan bilamana ianya melibatkan hati dan perasaan seorang wanita yang baru menjadi balu dan ketiga tiga anak Allahyarham.


Pemuda amat faham bahawa beliau ingin bertanding untuk jawatan yang lebih tinggi dalam AMK dan perlu dilihat  seperti seorang pejuang kepada rakyat menjelang pemilihan ini. Malangnya kenyataan yang tidak sensitif langsung tidak perlu digunakan sebagai platform untuk meraih sokongan menjelang pemilihan AMK dalam sedikit masa lagi.

Dr Afif perlu memohon maaf kepada keluarga mangsa, kami amat pasti keluarga mangsa cukup terguris dengan kenyataan beliau. Janganlah menambah kedukaan mereka dengan membuat kenyataan sebegini.


Pemuda ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham dan berdoa agar roh Allahyarham ditempatkan bersama orang beriman.

Al Fatihah kepada Allahyarham Koperal Raja Aizam

Rafizal Abd Rahim
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger