Headlines News :
Home » » P.PINANG BERMULA LANGKAH KANAN LIGA PERDANA 2014 , BENAM SABAH 3 -1

P.PINANG BERMULA LANGKAH KANAN LIGA PERDANA 2014 , BENAM SABAH 3 -1




GEORGETOWN  - Malam cemerlang bagi pasukan P Pinang dalam perlawanan pembukaan saingan Liga Perdana 2014 dengan menjadikan pasukan Sabah sebagai mangsa pertama dengan keputusan perlawanan 3 - 1.

Perlawanan pembukaan ini dimulakan dengan majlis perasmian jersi rasmi pasukan P Pinang musim 2014. Majlis yang dirasmikan oleh Ketua Menteri P Pinang iaitu Y.A.B Lim Guan Eng dengan simbolik penyerahan jersi Utama kepada beliau oleh penaja utama kelengkapan pakaian pasukan iaitu UMBRO.




Perlawanan bermula agak hambar dengan pasukan tuan rumah yang ketinggalan seawal minit ke 10 hasil jaringan Rozaimi Abdul Rahman yang mudah menolak masuk hantaran silang. 


Terkejut dengan jaringan tersebut, barisan pemain K Devan bangkit dengan serangan bertali arus dan akhirnya berjaya menyamakan kedudukan pada penghujung babak pertama hasil sepakan percuma Dzarif Hasna.

Keserasian pasukan P Pinang semakin menjadi di separuh masa kedua dengan berjaya mendapat 2 gol awal melalui jaringan Hilton Moriera & Dzarif Hasna sekali lagi mencatatkan jaringan peribadi keduanya hasil serangan balas pantas.

Kemenangan ini menceriakan hampir 10,000 penyokong pasukan Harimau Kumbang dan turut disaksikan oleh Ketua Menteri P Pinang sehingga perlawanan tamat. Seterusnya pasukan P Pinang akan menentang pasukan PDRM FA pada 27 Januari 2014 di Stadium MBPJ. - FB ARENA PENANG FA- 
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger