BUKIT MERTAJAM - Perhimpunan aman mengecam tindakan biadab Ahli Dewan Undangan Negeri Machang Bubuk, Lee Khai Loon menyumbat kangkung ke dalam mulut patung menyerupai perdana menteri bertukar kecoh apabila seorang penunggang motosikal menjerit kata-kata kesat ke arah kumpulan itu.
Perhimpunan anjuran Umno bahagian Bukit Mertajam yang dihadiri kira-kira 300 orang itu diadakan di hadapan Pusat Khidmat Adun Machang Bubuk di Alma, di sini bermula pukul 10.30 pagi ini.
Tindakan lelaki berusia lewat 30-an yang memberhentikan motosikal ketika melalui kawasan perhimpunan serta menjerit perkataan kesat itu beberapa kali menyebabkan peserta perhimpunan mengejar lelaki terbabit sebelum cuba memukulnya.
Bagaimanapun tindakan pantas polis yang berada di tempat kejadian berjaya menyelamatkan keadaan.
Jurucakap polis berkata lelaki itu ditahan untuk siasatan lanjut dan polis juga akan mengambil keterangan beberapa saksi yang mendengar serta melihat kejadian.
Sementara itu, Setiausaha Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, pihaknya kesal dengan tindakan lelaki terbabit kerana menimbulkan perasaan marah di kalangan mereka yang menghadiri perhimpunan aman itu.
Mengulas tentang perhimpunan aman itu, Musa yang juga Ketua Umno bahagian Bukit Mertajam berkata perhimpunan yang disertai pertubuhan bukan kerajaan dan Kumpulan Kebajikan Melayu itu juga bertujuan membantah tindakan Khai Loon yang menghina Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata orang Melayu di Pulau Pinang terutama penduduk di Machang Bubuk mahu wakil rakyat berkenaan tampil memohon maaf atas tindakannya itu.
Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang Rahmad Isahak yang turut menyertai perhimpunan itu berkata Khai Loon sepatutnya membantu peniaga kecil terutama yang berniaga di tepi jalan yang ketika ini dilanda masalah kerana Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) mahu meroboh gerai mereka.
"Bantu rakyat di kawasan ini dan cuba selesaikan masalah mereka terutama peniaga di tepi jalan yang sekarang ini terhimpit akibat tindakan MPSP dan janganlah bertindak biadab seperti itu," katanya.
+ comments + 2 comments
Melayu pkr melayu pas... Semua kata cina tidak rasis langsung sebabnya... Cina tolak umno pasal rasuah n kroni.. tapi mereka semua buta bahawa umno lagi lama berkawan dengan cina dlm pru sebelumnya yang menunjukkan kemerosotan sokongan cina setiap pru... Setiap Kali pru sokongan cina pada bn merosot Teruk... Inilah tandanya mereka rasis... Belum lagi sektor swasta Dan ekonomi... Gaji dibayar murah tidak setimpal dengan kerja last sekali amik pekerja asing alasan melayu Malas kerja... Itulah melayu memang lupa diri Dan merupakan bangsa Malas membaca.... Aku pun melayu yang Malas membaca...
Kesian kat melayu yg dok sokong cina, x sedaq diri x lama lagi nak kena juai dengan DAP
Post a Comment