Headlines News :
Home » » GUAN ENG DICABAR TUTUP PUSAT HIBURAN , JANGAN HANYA CAKAP KOSONG - RAFIZAL

GUAN ENG DICABAR TUTUP PUSAT HIBURAN , JANGAN HANYA CAKAP KOSONG - RAFIZAL



Pergerakan Pemuda UMNO Negeri telah membaca komen Lim Guan Eng didalam twitter beliau dimana beliau menyatakan tertarik dengan tindakan YM Menteri Besar Johor dengan memansuhkan Pusat Hiburan.

Beliau juga akan menuruti langkah memansuhkan Pusat Hiburan ini di Negeri Pulau Pinang jika ini adalah kemahuan orang melayu di Negeri Pulau Pinang.


   Dalam hal ini Pergerakan Pemuda UMNO Negeri  ingin meminta penjelasan beliau yang menyatakan akan menutup pusat hiburan ini jika hanya ada kemahuan orang melayu sedangkan kita sedia maklum bahawa semua bangsa dan kaum mengunjungi Pusat Hiburan ini.

Kenyataan berbau 'rasis' sebegini tidak sepatutnya keluar daripada Ketua Menteri yang mentadbir sebuah negeri yang mempunyai berbilang bangsa

  Pergerakan Pemuda UMNO Negeri juga ingin meminta dan mendesak Ketua Menteri Pulau Pinang melaksanakan apa yang telah beliau nyatakan di laman twitternya.

 Kita tidak mahu beliau hanya 'bercakap kosong' untuk menjuarai hati  rakyat Pulau Pinang. Sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, beliau perlu memperlihatkan kesungguhan dalam menangani gejala sosial bukan sahaja di kalangan orang melayu tetapi semua Kaum di Pulau Pinang. Sudah sampai masanya Ketua Menteri Pulau Pinang 'belajar' mengotakan apa yang beliau telah janji atau ungkapkan. 

 Akhir sekali Pergerakan Pemuda UMNO Negeri ingin mencabar Ketua Menteri Pulau Pinang SEGERA memansuhkan semua jenis Pusat Hiburan di seluruh Pulau Pinang selaras dengan penulisan beliau di laman twitternya.

 Rafizal Abd Rahim
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger