Headlines News :
Home » » AL KISAH GUAN ENG TERPAKSA JILAT LUDAH BALIK SEBAB MERCEDEZ BENZ

AL KISAH GUAN ENG TERPAKSA JILAT LUDAH BALIK SEBAB MERCEDEZ BENZ




Hakim telah memutuskan bahawa bekas Menteri Besar Selangor, Khir Toyo salah kerana membeli sebuah rumah pada harga di bawah paras harga pasaran ketika dia masih lagi bergelar Menteri Besar. Kata hakim juga, pembelian di bawah paras harga sebenar, mendorong wujudnya rundingan sulit yang menjurus kepada penyelewengan.
Atas sebab itu, Khir Toyo telah dijatuhi hukuman penjara setahun dan rumah berkenaan dirampas.
Di Pulau Pinang, lain pula ceritanya.
Pegawai Kewangan Negeri dengan selambanya memberitahu, Lim Guan Eng telah membeli sebuah Mercedez S300L pada harga RM298,263.75 berbanding harga asalnya, RM657,218. Kereta Toyota Camry yang baru sahaja digunakan selama dua bulan, telah diberikan untuk kegunaan Timbalan Speaker DUN Pulau Pinang.
Rafizi Ramli memuji langkah Lim Guan Eng kerana berpendapat kereta baru Guan Eng sangat bagus tetapi bimbang ianya akan dijadikan isu oleh Barisan Nasional sekaligus merosakkan imej Pakatan Rakyat. Di sebalik kemarahan orang ramai sehingga termakan tohmahan sehingga melakukan demonstrasi, Lim Guan Eng membuat pembelian kereta baru secara besar-besaran untuk pentadbirannya.
Antara alasan yang digunakan bagi mewajarkan pembelian tersebut adalah FAKTOR KESELAMATAN.
Walaupun sebelum ini, Lim Guan Eng mengkritik Kerajaan Negeri Terengganu kerana membeli kereta Mercedez bagi menggantikan Proton Perdana, bahkan membanding-bandingkan pula dengan pembelian Toyota Camry yang menurutnya lebih murah dan jimat serta kurang kos penyelenggaraan, nampaknya Lim Guan Eng melupakan segala yang dia cakapkan kepada Ahmad Said.
Agaknya, apa pula pandangan perundangan terhadap Lim Guan Eng? Adakah kerana dia pemimpin DAP, maka dia tidak perlu didakwa kerana mewujudkan keadaan bias untuk syarikat yang memberikan diskaun tinggi bagi kereta Mercedez tersebut?
Atau adakah kerana dia seorang Cina DAP, maka undang-undang tidak akan berkesan terhadapnya memandangkan para hakim dan peguam cukup seronok dengan Lim Guan Eng serta DAP dan Pakatan Rakyat?
theflyingkick.blogspot.com
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger